Saturday, May 21, 2011

YA KAH TIDAK ?

YA KAH TIDAK ?

( JASMANI SIHAT MINDA SAKIT )

UNGKAPAN ya kah tidak ? Pertama kali mengisi kolum menerusi dada akhbar harian Maktab Perguruan Kent yang diberi nama “Suara Kent.” Yang dicetak secara stinsel ketika itu. Fungsinya semata-mata memberi peluang kepada
warga penuntut yang berminat dalam bidang penulisan yang berunsur kritikan membina sekaligus melatih mereka untuk mengasah bakat bagi menguasai siluk biluk penggunaan bahasa melayu yang betul. Responsnya ketika itu sangat menggalakkan menyebabkan penulis, siapa yang diamanahkan menjadi ketua Pengarang dan penerbit Suara Kent membernaikan diri menghantar rencana dengan menggunakan tajuk kulom ini kepada Ketua Pengarang Daily Express yaitu saudara Saidi Lampoh (S.Mala ). Akhbar Daily Express telah memberi kolum dimana penulis telah menghantar beberapa buah rencana yang berunsur kritikan membena,peristiwa ini berlaku sekitar tahun lapan puluhan,tetapi jangka hayatnya tidak lama sebab penulis telah berhenti menulis akibat tugasan sebagai pendidik yang telah ditukar keluar bandar.
Kini penulis telah bergiat semula menulis dan bercita-cita menghidupkan kolum Ya Kah Tidak ? jika mendapat restu daripada Ketua Pengarang Daily Express, akhbar yang julung-julung kali memberi ruang kepada penulis untuk menyiar beberapa buah karya yang berupa cerpen,sajak dan rencana. Tahniah dikalungkan kepada pehak pengurusan akhbar Daily Express diatas kesinambungan bagi memaparkan pelbagai jenis berita terkini dan kritikan yang membena tanpa takut-takut sekaligus berani kerana benar.
Sebagai seorang warga penulis yang seangkatan dengan penerbitan Akhbar Daily Expres,maka saya rasa terpanggil untuk memberi respons pada sebuah kritikan yang telah dilontarkan kepada Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Luar Bandar oleh presiden sementara MoCS, Datu Abdul Rajak Datu Abdul Sallam dimana beliau mengesa agar penukaran kepimpinan segera dig anti. Gesaan ini disifatkan oleh ahli jawatankuasa pemuda Umno kampung Karambunai,Ag.Azhar Yusuf sebagai tidak masuk akal,sebab tanpa elemen yang konkrit,kepimpinan yang telah dimandatkan oleh suara terbanyak rakyat mustahak dipertingkaikan. Seterusnya apa yang di paparkan oleh ahli pemuda Umno kampung Karambunai itu berlandaskan pada faundamentalisme yang jauh daripada sifat fanatik yang dipengaruhi oleh pemikiran rimba.
Lantas ,pehak penulis yang berada dalam kumpulan pemerhati pekembangan politik tanah air terutama sekali negeri tumpah darah yang tercinta ini terfikir bahawa fitrah hamba yang bergelar manusia sering lupa atau pun pura-pura lupa istilah Arab, Fitratullah yaitu fenomena yang termeteri dalam ketetapan Allah. Frekuensi atau perihal berulang-ulang bagi mengutarakan rasa ketidakpuasan hati dalam pelbagai arena terutama sekali dalam soal merebut kekuasaan dan ingin menjadi penguasa ekonomi yang teragung sesuatu hakikat
yang tidak pernah kunjung habis malah bertambah jenisannya sepanjang zaman.

Lontaran teguran atau kritikan yang meluruskan halatuju yang benar-benar memenuhi harapan rakyat berbilang kaum demi untuk mengisi kehedak mereka yang belum terisi lagi adalah di alu alukan,tetapi jika teguran itu besifat fatamorgana ,berusur yang dinawaitukan dengan emosi dengki,dendam,gila kuasa dan lain lain yang setaraf dengannya,sudah tentu tidak mendapat restu daripada yang Maha Kuasa. Itu lah makanya keujudan sesebuah parti politik yang berhampas pulas sekaligus bercita-cita besar menumbang Umno tidak berjaya sebab tidak direstui oleh Allah SWT walaupun parti itu punya penyokong yang serupa dengan UMNO, sebab pemimpin mereka pepat luaran rencung dalaman,cakap tidak serupa bikin. Mereka tidak tuduk kepada peribahasa moyang yang berbunyi. “ Buat baik perpada-pada,buat jahat jangan sekali.” Ungkapan keramat ini lah yang menjadi manusai berbakti kepada nusa dan bangsa bagi merealisasikan tujuan supaya tercapai maksud “ Harimau Mati Meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.” Bukan meninggalkan fiil penipu,pembohong, pembelut yang hendak dicari !
Kalau asal benih yang baik jatuh kelaut menjadi pulau. Ini lah yang cuba ditunjukkan oleh Perdana Menteri Malaysia hatta dengan berani beliau mengujudkan konsep 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan,pencapaian diutamakan, Nampaknya keberkesanan kosep ini sudah diterima oleh pelbagai kaum diseluruh pelusuk tanah air termasuk Sabah dan Sarawak kecuali kumpulan manusia yang berjasmani sihat berminda sakit.
Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Luar bandar tidak mustahak gentar atau ambil peduli gesaan manusia yang berjasmani sihat tetapi berminda sakit. Itu memang kerja mereka sejak zaman awalan berpati politik lagi.Mereka tidak mengenang budi. Teruskan perjuangan membantu rakyat jelata yang masih memerlukan pelbagai kemudahan terutama sekali diluar bandar. Yang penting lorong cita-cita Yang Amat Berhormat Perdana Menteri impikan.mahu merealisasi rakyat berpendapat lumayan dapat dicapai menjelang tahun 2020. Insyallah. Usaha merasa jemu turun menemui rakyat yang miskin. Berpengang kuatlah kepada peribahasa. Sekali pun ular menyusur akan,bisa tetap tidak hilang. Andainya mahu menjadi pemimpin seumur hidup. Penawarnya ,sanggup menghamba diri kepada rakyat tanpa memilih warna kulit,ugama dan kebudayaan.

Maha, Sabah
Lorong Citacita Pasir Putih Putatan
20.5.2011
TB. 0128032962

Friday, May 20, 2011

Datuk Seri Musa Aman

DATUK SERI MUSA AMAN
BAPA PEMBANGUNAN MODEN,
NEGERI DIBAWAH BAYU .

FENOMENA lompat melompat semacam sudah menjadi fiil sekaligus meresap menjadi amalan sebilangan kecil pemimpin yang pada hakikitnya untuk memperjuangkan kepentingan bangsa,ugama dan Negara namun kesannya tiada menampak sesuatu yang boleh menjadi kebanggaan sebaliknya menelurkan pelbagai kesan yang menjadi tajuk bicara yang kurang manis bunyinya hatta si lumpat melumpat itu diberi gelaran katak walau pun hasil loncatannya mendapat sesuatu yang terbilang seperti mendapat kedudukan yang tinggi,harta bertimbun,tapi keperibadiannya masih dianggap sudah tersunting arang laksana sebelanga susu tertitik oleh setitis nila. Kecacatan begini tidak manis dimeliki oleh seseorang yang bergelar pemimpin bangsa yang berkualiti ,menyababkan kedudukannya tidak dapat bertahan lama. Ramai yang bergelar katak ini sudah merasai kedudukan tertinggi bahkan sebilangan kecil sudah kayaraya namun gagal meninggalkan nama yang baik ,sekadar menjadi sebut sebutan orang sahaja.
Berbicara fasal fiil lompat melompat ini teringat oleh penulis ketika berkunjung kesalah sebuah sungai yang mempunyai pelbagai sais batu.Penulis perhatikan jenis batu batu yang membesar dan berlumut itu tidak pernah bergolek walau pun dihambat air bah beribu kali,tapi bagi kumpulan batu batu yang selalu bergolek-golek akibat hambatan arus yang deras,kelihatan tidak boleh membesar tapi kelihatan bersih dan bersinar namun kefaedahannya tidak lah sehebat batu yang besar. Jadi keujudan yang demikian rupa mendalilkan bahawa fiil suka lompat melompat ini tidak boleh diamalkan oleh para pemimpin yang benar-benar berjuang untuk membantu rakyat jelata.
Sekali melompat kehadapan sesuatu yang lumrah dan dibolehkan,tetapi kalau sudah berkali-kali , lebih lebih lagi teruknya jika si pelompat itu melompat balik kebelakang. Itu namanya sudah melanggar undang undang melompat. Ramai juga yang sanggup begitu sebab hendak mencari lubang konon. Bagi pendapat sebilangan orang yang berminda sihat, tidak meminati pemimpin yang berperangai begitu,sebab itu lah mereka sering menyebut nama Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Musa Aman dikalangan pemimpin angkatan baru,beliau mereka kata tidak pernah melompat semasa dalam parti USNO. Sekali nelompat beramai-ramai masuk UMNO. Sedih juga meninggalkan USNO tetapi demi keselamatan bangsa dan negeri terpaksa di buat demi untuk menjaya halatuju mengikut lorong yang lurus dan bukan lorong yang bengkang bengkok.
Masih ramai yang menyuarakan rasa ketidakpuasan hati,masih ramai yang mempersalahkan pemimpin-pemimpin yang dengan sewenang-wenangnya membubarkan parti yang telah berjasa memerdekakan Sabab malah mereka sanggup mengutuk presiden parti ya itu allyarham Tun Mustapha. Moga-moga beliau ditempatkan didalam syurga Allah. Mereka sengaja tidak mengerti mengapa

USNO sanggup meminta bantuan UMNO,mereka mengajar perasaan yang sakit untuk membuat pelbagai formula guna untuk menghidup parti USNO. Bertukar ganti menaja jawatan kuasa bertindak namun kesemuanya gempelus belaka sebab nawaitu mereka tidak bersih,kalau niat tidak betul. Allah SWT tidak akan merestuinya. Percaya lah. Tuhan itu lebih mengetahui daripada hambanya ! Siapa yang benar siapa yang mahu menjadi pendurhaka. Gagal menghidup parti yang mereka sayangi, lantas mereka melontar pelbagai tuduhan kepada Ketua Menteri dan rakan rakan seperjuangannya berdasarkan fakta yang bukan-bukan. “ Tidak Masuk Akal.” Kata ahli pemuda dari kampung Karambunai. Penulis sokong saranan angkatan pemuda dari kampung Karambunai yang telah memaparkan alasan-alasan yang cukup jelas dan tepat.
Kebanyakan kumpulan yang menyuarakan rasa kitadakpuasan hati terdiri daripada mereka-mereka yang pernah dibantu dengan lain perkataan pernah seperjuangan dengan Yang Amat Berhormat ketika era pemerintan USNO. Mereka tidak menyedari bahawa tindak tanduk mereka itu ibarat menyimbur air ludah keangkasa,muka sendiri juga yang ngelampitak. Mengapa tidak sanggup menemui Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Perdana Menteri pun boleh ditemui bila bila masa. Sekarang ini zaman keterbukaan untuk rakyat yang bermasalah. Rakyat didahulukan. Mengapa pura-pura tidak tahu ungkapan itu sudah lama ujud. Tetapi bagi insan yang sakit minda,kesemua tindak tanduknya turut sakit, Akhirnya ke Bukit Padang juga . Harap-harap janganlah sampai kesitu.
Kumpulan penulis yang terdiri daripada pesarah-pesarah pelbagai kaum dan ugama yang datang daripada pelbagai daerah,pada mulanya telah diundang beberapa kali turut sama membincang bagaimana cara yang terbaik untuk menghidupkan parti USNO. Setelah di perincikan pelbagai cadangan,maka kami dapati kesemuanya fatamorgana. Yang paling tidak diterima akal yang sihat ialah pelbagai tuduhan mengatakan kesemua pemimpin tiada guna walau satu sen pun. Jadi rungutan yang demikian benar-benar lahirnya daripada otak orang rimba. Mana mungkin perkhidmatan seseorang yang berkhidmat itu tiada guna walau satu sen pun ? Tuduhan begini lahir daripada orang yang cukup palui.Kata Sama Kota Belud . Manusia jenis DIABOO.
Akibat ungkapan-ungkapan yang tidak berunsur fundamentalisme,maka kumpulan penulis menubuhkan sebuah Koperasi yang dianggotai oleh pelbagai entik kaum dan ugama. Koperasi itu di nama Koperasi Perpaduan Putatan Berhad sebab kebanyakan anggotanya bermastautin di daerah Putatan.Kesemua anggota anggota lembaga Pengarah yang telah terpilih berikrar menyokong kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Musa dan rakan-rakannya dan mereka berikrar sentiasa taat setia kepada parti. Seterusnya mereka dengan sebulat ikrar membaharui gelaran bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Musa Aman sebagai bapa pembangunan moden. Luahan ini bukan menuntut habuan,tetapi berpaksi apa yang terasa dan apa yang sudah dilaksanakan untuk rakyat dan yang sedang diusahakan.
Syukur alhamdulillah ,dalam timpuh tidak pun sampai tiga bulan

Koperasi Perpaduan Putatan Berhad telah diluluskan dan sijil pendaftaran kelulusan sudah diterima sebagaimana yang telah disiar oleh Utusan Borneo keluar pada 18.5.2011. Kini kami sedang giat mendaftar keanggotaan diseluruh daerah Putatan. Orang-orang yang musang berbulu ayam tiada tempat dalam Koperasi kami ini. Lembaga Pengarah berusaha bagaimana mendapat dana yang halal demi untuk melaksanakan aktiviti perniagaan kedai Runcit bergerak dan mengujudkan kelas kelas Tedika dan pusat pengajian bagi anak-anak yang gagal SRP dan SPM.
Selain daripada itu Koperasi Perpaduan Putatan ini berusaha mengkoperasi rakyat berbilang kaum dan ugama sekaligus utamakan erti perpaduan yang tulin dan benar=benar dapat disemadikan kedalam setiap roh anggota. Tiada faedah jasad segar bugar jika ruh sakit menderita. Perpadaun tangga kemajuan bersesuain dengan motto Koperasi ini . BERSATU TEGUH BERMUTU. Mengorban masa,tenaga ,harta demi bangsa dan Negara suatau amal yang terhormat daripada binggung sana binggung sini membuang masa mencari jalan bagaimana menubuhkan parti baru terutama sekali parti USNO. Tidak mustahak menyagutkan otak. Kalau Tuhan beri kuasa. Insyaallah.

Akhir bicara sekali lagi kami ahli ahli Koperasi Perpaduan Putatan Berhad berdiri gagah menjulang wawasan Perdana Menteri Malaysaia sekaligus memberi sokongan yang tidak berdua tiga kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Musa Aman dan jangan lah ambil pot kepada teguran kumpulan manusia yang kelihatan gagah jasminya tetapi sakit minda dan lumpuh imannya jika nawaitu perjuangan itu benar-benar kerana Allah. Amin

Maha, Sabah.
Lorong Citacita Pasir Putih Putatan
21.4.2011

Friday, April 10, 2009

AKU .

AKU.

Aku dengar tangisan gergasi mereka,
aku nampak jelas aliran darah mengalir,
aku terasa petukan peluru menembusi tubuh kelian,
aku menangis hingga kehabisan air mata,
aku terasa kurus kering tanpa punya nafsu menikmati juadah,
tapi,aku sanggup membiarkan kamu bergelimpangan,
bertaburan seperti sampah hanyut dalam bengawan bernoda.

Aku adalah kamu!!
Kamu ia lah aku!
Aku sebangsa seugama dengan kamu !
Tanah tempat kamu berpijak juga bumi tempat aku berdiri !
Langit yang kamu junjung serupa dengan langit yang aku julang !
Tapi,aku jahil,aku pengecut tegar,aku boleh melihat tetapi buta !
Aku takut Amerika,aku durhaka kepada yang maha kuasa !

Aku punya api menyala !
Aku ada angin rebut puting beliung !
Aku memeliki air beraneka rasa !
Bumiku mengeluarkan minyak,emas dan tembaga !
Tapi,imanku kepada yang Maha Kuasa !
Telah tercabut daripada petala bumi kehidupan
Aku gilakan takhta!
Aku gilakan harta benda setinggi Gunung Himalaya !
Aku lemas dalam lautan hawa nafsu.

Karya: Maha, Sabah
Jumaat: 13 . 2 .2009
Pasir Putih Putatan Kota Kinabalu.

Nota: Peringatan kepada saudara saudaraku Yang berbangsa Arab,

Pantun Samma untuk Najib

Pantun berkait dalam bahasa suku kaum Samma(Bajau ) ditujukan khusus untuk YAB.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak sempena menjadi pemimpin number satu Negara.Ikuti seperti berikut:

“SAGING PINAWAR”
Saging pinawar tungkul ni pahit.
Gulai endoku diom Kuali.
Tuah Datuk Seri Mohd.Najib oyo barakat.
Manang melulu ya tagal niundi.

Gulai endoku diom Kuali.
Peluhuk mangan dinakan susah.
Najib ngantanan Perdana Menteri.
Dong tekelipat jomo nang Sabah.

Peluhuk mangan dinakan susah.
Idahan,Samma engko Ilanun.
Amun Najib banah delah ni gagah.
Dong pebirin jomo matai ngeremun.
.
Idahan Samma engko Ilanun.
Teposok Bisaya,Rungus engko Murut.
Datuk Seri Mohd.Najib buli meruhun.
Dong ghaai serebbut rebbut

Teposok Bisaya,Rungus engko Murut
Dong tekelipat Berunai,Suluk dan Kedayan.
Betutur bana bana dong ngalimut ngalimut
Ngakal,mangan suap dong niamalan.

Dong tekelipaton Berunai Suluk, dan Kedayan.
Kina,Kaling,India buli penosok.
Niantanan bana bana patua ambanan
Oron alap,keterunan yaa lusok.

Kina ,Kaling,India,buli penosok.
Nuut ellum mediom lahat ti.
Ingkon mitu jo tuturan penapendok.
Ngagad jo kami eyan bara bi.

Bahas Melayunya lebih kurang seperti berikut:
Pisang penawar tungkulnya kelat.
Dimasak isteriku dalam Kuali.
Nasib Datuk Seri Najib maha berkat
Menang sendiri tanpa diundi.

Dimasak isteriku dalam Kuali.
Lauk makan saudara susah.
Datuk Seri Najib memegang Perdana Menteri.
Jangan dilupai orang orang di Sabah.

Lauk makan saudara susah.
Dusun,Samma dan Iranun.
Kalau betul engkau jejaka gagah.
Usaha biarkan kami mati kebuluran

Dusun Samma dan Iranun.
Termasuk Bisaya,Rungus dan Murut.
Datuk Seri Najib harapan serumpun
Jangan mereka berebut rebut.

Termasuk Bisaya,Rungus dan Murut.
Jangan dilupai Berunai,Suluk kedayan.
Waspada betul betul memegang jawatan.
Pebohong,rasuah jangan amalkan.

Jangan dilupai Berunai Suluk Kedayan.
China,Keling,India boleh masukkan
Berpegang kuat kepada nasihat mantan.
Nama yang baik menjadi ingatan

China,Keling ,India boleh masukkan.
Menumpang hidup dalam Negara kita.
Sekian sahaja madah ucapan
Sabar menanti berita Perdana

Karya: Maha,Sabah
Pinggir Bangawan Tempasuk
Jalan Ranau Kota Belud Sabah.
17 hb Mac 2009.

“ SAGING SABAH”
Saging Sabah tungkul ni mamis.
Tagu emboku dioom belatak.
Abdullah Badawi ngambanan opis
gantian Najib Tun Abdul Rajak

Tagu emboku dioom belatak.
Abis kenasak ley Tikus Rapit.
Simomon remod beranti kerapak
Ngarap manok serama penosomo engko pipit.

Abis kenasak ley Tikus Rapit.
Temban dambua iram bana kulit
Amun manok serama pesomo engko pipit.
Matai kiti kakan tubangkit

Temban dembua iram bana kulit.
Dong kinakan engko renggot betong.
Amun binanan dempalit dempalit.
Simomon kiti nangis ngesong song.

Dong kinakan engko renggot betong.
Memiah kesakkan engko lemok badan.
Amun Datuk Seri Najib niaa buli nulung.
Yaaun guna ni nokong barisan.

Memiah kesakkan engko lemok badan.
Tabiat maku maku alap niritihan.
Otak palui,dupang a buli penalahan.
Amun pesoyo atai ta kuasa Tuhan.

Tabiat maku maku alap niritihan.
Gerigitan Pak Lah amun niamalan.
Manas Datuk Seri Najib niaa muan.
Langui langui kiti niaruun kinakan.

Gerigitan Pak Lah amun niamalan.
Beraan ni Datu Salleh pahu ni Musa Aman
Ngajar Samma muat keluman
Sanang ellum eko kenakan

Beraan ni Datu Salleh pahu ni Musa Aman.
Joga jogo ngusai jomo dan lahat.
Maku ampun maaf enkaam semimon.
Tekko no masani Abdulah beriat.

(Bahasa Melayunya lebih kurang seperti berikut:)
Pisang Sabah tungkulnya manis.
Nenekku simpan di dalam raga.
Abdullah Badawi meninggalkan Opis
Datuk Najib menganti segera.

Nenekku simpan didalam raga.
Habis dimakan si Tikus Rapit
Semua senyap tanpa berkata.
Mengharap ayam Serama bersama pipit.

Habis dimakan si Tikus Rapit.
Tinggal sebiji yang hitam kulit
Kalau bersama serama dengan pipit
Matilah kita di makan Hantu bangkit.

Tinggal sebiji yang hitam kulit.
Sakit perut jika dimakan
Kalau diberi hanya berdikit dikit
Semua tunduk bertagis tangisan

Sakit perut jika dimakan.
Cari makanan yang berzat zat
Andainya Datuk Najib ta beri bantuan.
Sokong barisan tidak seikat.

Cari makanan yang berzat zat.
Perangai minta minta baik di hentikan
Fikiran bangang segera dirawat
Minta bantuan pertolongan Tuhan

Perangai minta minta baik dihentikan.
Pak Lah marah betul kalau diamalkan
Datuk Najib beci lalu tidak beri bantuan
Habislah harapan tiada dimakan’

Pak Lah marah betul kalau diamalkan.
Diberi tahu Datu Salleh,dipanggil Musa Aman
Suku kaum Samma beri pelajaan
Senang makan sihat tubuh badan.

Diberi tahu Datu Salleh,dipanggil Musa Aman.
Berhati hati menjaga rakyat dan negeri.
Selamat maju jaya menjadi harapan.
Sudah tiba masanya mengundur diri.

Karya: Maha,Sabah
Pinggir Bengawan Tempasuk,
Jalan Ranau Pirasan Kota Belud
1.4.2009

Saturday, March 14, 2009

Baitul Muqaddis

BAITUL MUQADDIS.

Berdebur ulu jantung,bergegar kepala lutut,
bila alat pendengaran di tusuki oleh hangar bangar,
jeritan,tangisan manusia sejenisku dibumi Palestin,
hancur lumat badan dihampas bedilan meriam,
mengalir darah membasahi tanah air tercinta,
mereka berkorban jiwa demi kelansungan menuntut hak
yang dirampas oleh warga dunia beremosi rimba.

Baitul Muqaddis atau Jerusalem pusaka moyang kita,
lambang keagungan umat Muhammad seluruh pelusuk dunia,
kiblat awal melaksanakan suruhan menyembah Allah,
kini sudah dipijak pijak oleh syaitan syaitan
tanpa menghiraukan perintah kesatuan bangsa bangsa,
kemana hanyutnya pejuang pejuang muslimin yang mutlak,
ayuh,bangkit serentak serata menentang gigitan kezaliman .

Jangan biarkan semenanjung Gaza terbakar punah,
angkatan kafir laanat terus bermaharajalela
mengunyah habis nyawa anak anak dunia,
yang kini masih bergelimpangan,merayap,merangkak,
mencari tempat yang selamat tempat berlindung,
menuju pelabuhan yang tenang tempat berlabuh.

Karya: Maha, Sabah.
Sabtu 14 . 2 .2009
Pasir Putih Putatan
Kota Kinabalu.

airmata di pagi syawal

AIR MATA DI PAGI SYAWAL

Bening subuh menyambut Syawal.
Takbir berkemundang menjulang Raya nyaman terasa.
Dipohon doa kepada yang tiada sudah enam puluh purnama.
Irama pilu berecampur hiba bertelaga air mata tiada warnanya,
Beraneka juadah terhidang semacam tiada terhidu keharuman menyapa.
Kepada yang hilang tanpa kembali mengusek jiwa penuh seksa.
Hatta yang ditinggalkan begitu lama kekal subur bermain dalam minda.
Hanya menganyam iman menghalusi padang ingatan tercipta mesra.
Bisikan mengungkap petikan petikan firman menjadi amalan senantiasa.
Menghetung buah buah tasbeh menuntut restu khusus bagi yang tercinta.
Air Mata Dipagai Syawal setiap purnama menjelang .
Hakikatnya suatu penanda aras pemboktian mengingati yang hilang.
Peawar gegaran jantung penenang gulana hati yang sering berguyang.
Takut gagal mengikuti jejak beranjau yang memang sudah terancang.
Tapi mustahil umat Muhammad terlupa amanat pusaka nenek moyang.

Olih: Maha Sabah.
Sabtu 5hb Oct.2008.
Pasir Putih Putatan Sabah.

Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna

SESAL DAHULU PENDAPATAN
SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.
Bahasa jiwa bangsa.Bahasa menunjukkan bangsa.Tiada bahasa lenyaplah bangsa.Ungkapan keramat ini telah lahir semenjak manusia ujud di atas permukaan alam yang sementara ini.Mengapa sampai berketar ketar bibir sekaligus bergegar gegar kepala lutut mahu mendewa dewakan bahasa inggeris yaitu bahasa penjajah sebagai satu bahasa mesti diberi tempat yang istemewa tegasnya mesti dipertahankan untuk mengajar mata pelajaran Sains dan matematik di sekolah sekolah kebangsaan kita ?Sudah berpada pada kah pehak yang berkenaan bahawa tidakan itu boleh menjaminkan kejayaan anak anak bangsa dalam mencapai matalamat yang gemilang,cemerlang dan terbilang sebagaimana yang dimahukan oleh bangsa dan Negara yang sudah setengah abad bebas merdeka ini ?Jika ada jaminan syukurlah! Jangan yang dikandung beramburan sementara yang dikejar hilang.Fikir fikir lah wahai pemimpin yang menjadi harapan bangsa !Tiada guna menang sorak kampong tergadai.Sesal kemudian tiada gunanya.
Bahasa akan hidup dalam warna warni yang baru,tetapi hendaklah dimartabatkan dari awal hingga akhirnya agar membuahkan kejayaan yang di idamkan oleh penganut atau penutur tegasnya oleh bangsa itu sendiri.Semua kita ketahui bahawa sudah dua kali perang dunia yang maha dahsat baharu dalam tempoh setengah abad lebih daripada abad kedua puluh ini.Halaman dada dunia kini sedang berdegup menonton ancaman perang dunia yang ketiga walau pun rakyat Amerika telah menukar pemimpin kulit putih kepada pemimpin yang berkulit hitam namun itu bukan suatu jaminan yang boleh menjaminkan bahawa Nuklear tidak akan meletup untuk menghancurkan dunia.Begitu juga halnya dengan degup jantung pemimpin pemimpin Parti Barisan yang hingga kini belum tenang akibat kehilangan dua pertiga mejoriti.Ini,bukankah satu pengajaran yang jelas?Satu pertanda yang harus diambil perhatian!Kalau lampu merah sudah menyalah.Jangan melangkah.Bahaya ! Bagaimana nasib bahasa kita ?Masih berbahasakah kita ! atau jadi bangsa yang dijajah semula kah kita semua ?Sungguh dahsatnya bencana yang mendepani bangsa yang sudah merdeka ini,terlalu luhurnya pengaruh memaling muthmainnah para barisan pejuang kebangsaan Negara yang tercinta.Apakah mereka sudah taqarrub kepada kehendak insani seluruhnya dalam merelisasikan perjuangan yang diperjuangkan itu .Penulis berpendapat bahawa mereka sudah tersasar jauh,bertambah hanyut dalam gelombang semacam tidak dapat dipintasi lagi.
Keributan para pejuang bahasa sehingga tercetusnya tunjuk perasaan baru baru ini menyebabkan otak ahli ahli fikir di Erpoah sana terutama sekali pejuang pejuang bahasa mereka merasa terhormat sekali kerana anak anak bekas tanah jajahan mereka masih taat setia mendaulatkan bahasa ibunda mereka.Banggakah kita begitu wahai bangsaku! Orang orang yang diharap harapkan kini masing masing menegaskan bahawa mereka konon telah menjalankan bermacam jenis penyelidikan dalam menjawap segala pertanyaan bahawa pengajaran dalam bahasa penjajah itu sangat baik dan boleh menjaminkan kecemerlangan masa depan anak anak.Mereka semacam menutup kuping alat pendengaran,tidak mahu mendengar rintihan rintihan,tidak memperdulikan kemungkinan kemungkinan yang akan menjahnamkan bahasa sendiri,sedangkan segala hasil penyelidikan itu bisa berlainan tegasnya berlawanan.Kata setengah ahli peramal bahawa bala yang lebih dahsat telah menimpah sesuatu kejayaan selama ini pasti akan berulang lebih maha lagi , andainya arus yang deras itu terus di sunsung.Pengalaman laksana hempedu akibat kepala otak manusia masih mengandungi saki baki fikiran penjajah,masih diperhambakan oleh unsur unsur ilmu pengetahuan yang tidak berpancangkan keimanan,tidak berpegang kepada jatidiri,tidak bertolak daripada pengkalan yang tenang malahan kalau tidak dijiwai dengan ugama ertinya “Kehancuran”kerana ilm pengetahuan itu ada lah keris yang mampu menghambat balik.Kalau bukan hujungnya pasti pangkal yang mengenai kita.Harus difahami bahawa ilmu setinggi awan itu,kadang kadang boleh membunuh disamping boleh dipergunakan demi untuk kebaikan mahupun kejahatan.
Umpama ditonton melalui T.V didengari menerusi cerung Radio dan dibaca melalui dada akhbar yang saban malam dan hari menyiarkan pedato para pemimpin menyatakan bahawa pengajaran sains dan matematik itu mesti diteruskan tanpa mengambil peduli pekikan rakyat yang tidak menyetujui rancangan itu diteruskan.Sebenarnya isu ini boleh ditangani dengan bijaksana kalau ilmu pengetahuan yang dikatakan setinggi langit itu dapat disejalankan dengan suara suara halus manusia sekaligus disulami dengan minda yang subur disamping kebangkitan otak yang sedar.Tetapi kalau sekadar kepala yang maju dan hati berdegil,digembur rashia pengetahuan tidak diselungkar rashia hati,asik berahi memeluk ilmu moden,tapi suara akar ubi tidak didengari,mahu mengejar kemajuan sains hingga sanggup mengkolotkan pendapat sebangsa dan senegaranya.Kalau demikianlah hakikatnya.maka kesinambungan memperkasakan bahasa sudah tentu terumbang ambing,yang dikandung berciciran yang dikejar tidak dapat.
Pejuang pejuang agung bahasa telah berhampas pulas mengangkat mertabat bahasa ibubunda sejak zaman Munshi Abdullah hingga lah Negara mencapai kemerdekaan seterusnya bahasa Melayu telah dijadikan bahasa resmi Negara.Kerjaan telah sanggup berbelanja berbelion belion untuk mendirikan sekolah sekolah diluar bandar,malahan dikota kota besar hingga bertingkat tingkat, seterusnya membena bangunan Universiti Uneversiti demi untuk memenuhi hasrat rakyat yang mahu supaya semua anak anak dilengkapi dengan segala bentuk ilmu pengetahuan termasuk bahasa penjajah,tetapi hasilnya belum lagi dapat dibanggakan kerana terlalu ramai bilangan ahli ahli ilmuan tidak mengambil berat untuk memelayukan bahasa penjajah yang dikatakan bahasa yang menguasi segala ilmu dunia itu,Mereka asik mencampuradukkan bahasa ibunda dengan bahasa penjajah malah ada keluarga yang melayu melulu bertutur dalam bahasa penjajah dalam keluarga sehingga anak anak mereka sudah tidak pandai lagi berbahasa Melayu.Kepincangan hidup yang begini turut menyumbang mengapa kegiatan untuk mengangkat meruah bahasa tidak tercapai.Langkah yang terbaik ia lah bangsa yang menjadi penutur bahasa itu hendaklah berani kembali mengasuh,memupuk minda dengan arahan hati ..Janakan ilmu pengetahuan itu dengan penuh perasaan.Anggap betul betul bahawa bahasa itu jiwa bangsa yang merdeka.Bahasa yang kehilangan penuturnya sudah tentu akan hilang .
Jangan dinanti beruraian air mata menyesali kesilapan.kenang kenangkan lah bagaimana deritanya pejuang pejuang terdahulu menuntut kebebasan,bagaimana hinanya manusia mencium telapak kaki penjajah.Lambaran sejarah lama yang mahu bahasa Melayu terus diperbahrui,terus dikeataskan ,terus dikemuncakkan seharusnya menjadi matalamat semua.Yakinlah kita bahawa bahasa Melayu boleh menjadi sumber utama untuk menggali dan membongkar semua ilmu didunia ini seperti apa yang telah diboktikan oleh Negara maju seperti China ,Jepun,Korea dan lain lain Negara.Terlalu banyak cara bagaimana melipatgandakan usaha melonjakkan bahasa ibunda itu kesatu tahap yang teratas sebagaimana yang mungkin telah berjalan tapi tidak diamali secara berterusan.Kalau alasan bahawa bahasa Melayu itu tidak berkeupayaan untuk menerokai bidang ilmu Sains dan matematik kerana semua buku pelajaran itu terdapat dalam bahasa Inggeris.Mengapa terlalu rumit kah bagi pakar pakar bahasa Inggeris ya.ng telah ahli, untuk menterjemahkan semua buku buku Tex itu kedalam bahasa Melayu .Jika alasan itu menyarankan bahawa bahasa Melayu ketiadaan ungkapan dan istilah istilah bagi menamakan sesuatu peralatan sains.Ini juga persoalan yang tidak dapat diterima akal yang sedar.Kenapa dan mengapa kita tidak mampu membina istilah istilah dan ungkapan ungkapan dengan bahasa Melayu itu sendiri.Kalau istilah cerita pendik boleh dibuat dengan kependikan “CERPEN” dan cerita rekaan boleh menjadi “CEREKA” .Contoh ini merupakan cetusan fikiran seorang kanak kanak yang masih hingusan,tapi kalau diambil perhatian secara mendalam,ianya merupakan sesuatu yang punya pengertian dan tujuan yang bersumberkan nilai jatidiri dalam usaha membendung semangat kebangsaan yang sempit.Penulis teringat beberapa puluh tahun yang lalu semasa bertugas sebagai seorang guru disalah sebuah sekolah dilembah Kota Marudu.Waktu itu penulis sedang mengajar murid murid darjah lima atau tahun lima bagaimana membena ayat ayat yang lengkap dalam bahasa Melayu.Tiba tiba berdiri seorang murid lelaki lalu bertanya. “Bangsa apa yang punya perkataan “Makan dan bagaimana dia terbena cikgu ? Penulis merasa terkejut apa bila ditanya soalan yang begitu.Pertanyaan itu agak senang dijawap tapi sulit juga sebab tidak dapat dipastikan bagaimana ianya terbena sedemikian rupa.Sebelum menjawap pertanyaan budak itu,penulis lalu bertanya pula. “Bangsa kamu apa dia orang panggil “Makan”? “Mengakan”Sampok budak itu. “Orang Iranun bilang “Kuman” itu cikgu”Celah seorang budak suku Iranun.Semua kanak kanak dalam bilik darjah itu gelak ketawa.Jadi sekarang penulis telah memperolehi tiga patah perkataan yang berlainan tapi sama ertinya.Makan,Mengakan dan Kuman yaitu makan istilah Melayu,mengakan perkataan Dusun dan Kuman bahasa Iranun.Siapa punya bahasa itu dan bagaimana ianya terbena? Akhirnya penulis mengambil keputusan bahawa bahasa itu kepunyaan orang Melayu tapi ditiru oleh orang Dusun dan Iranun.Dari itu bunyinya tidak serupa.Alasan, berdasarkan bahawa orang orang Melayulah yang lebih awal mempunyai ilmu pengetahuan walaupun barangkali andaian ini tidak seratus peratus betul.Tetapi budak Dusun yang bertanya tadi nampaknya tidak puas hati.Dia semacam tidak yakin dengan penjelasan penulis.Kini budak itu telah menjadi seorang Jurutera yang bijak.
Mencintai bahasa adalah sebahagian daripada iman walaupun barangkali tiada tercatit dalam kitab kepercayaan kita,namun hakikatnya tetap bahasa itu menunjukkan bagsa ,Semua pemimpin bangsa didunia ini berlumba lumba mencari sebesar besar kemajuan untuk memajukan bahasa tanpa menhirau penat lelah,mereka pergi menjajah negeri negeri yang lemah termasuklah Malaysia sehingga mereka menjadikan bahasa mereka menjadi yang dipertuan agung diseluruh dunia seperti bahasa Inggeris yang kita masih cintai itu.Untuk kesemua itu bangsaku harus sedar dan insaf.Harus punya jatidiri yang kuat.Bangsaku harus jangan mudah tertipu oleh pujuk rayu pehak penjajah itu.Bangsaku harus kebal menghadapai keadaan yang menghambat secara halus itu.Pemimpin bangsaku mesti dengar kehendak yang dilaungkan oleh pejuang pejuang bahasa.Pemimpin bangsaku harus berani berugi berbelion belion ringgit untuk mencari jalan bagaimana meperkasakan bahasanya sendiri,bukan menghabiskan wang berbelion untuk mendewa dewakan rancangan memertabat bahasa orang lain.Tindakan demikian bukan semangat kebangsaan yang tulin.Bukan satu pengorbanan yang mustahak dicatit dalam sejarah bangsa.Pernahkah kita mendengar sindiran atau ejekan orang orang yang berkulit putih yaitu bangsa Inggeris sebelum perang dunia pertama dan kedua bahawa mereka dengan lantang megah berpekik bahawa pancaran sang suria tetap kekal menerangi alam bekas jajahannya walaupun mereka sudah bebas merdeka.Sungguh benar ejekan Inggeris itu saudara saudara sebangsa ,sebahasa dan setanah air.Terlalu ramai kepala kita membicarakan isu bahasa penjajah itu hingga menyebabkan pejuang pejuang bahasa tidak lelap tidur malam.
Persatuan persatuan atau pertubuaan pertubuhan bahasa yang telah banyak ujud dibumi yang berdaulat ini hendaklah melipatgandakan khidmat untuk mengatasi kebobrokan,kehancuran dan keruntuhan yang kini sedang terbentang diambang mata.Jangan sibuk mencari jalan bagaimana mengisi kantung sendiri sahaja sedangkan bahasa menghadapi ancaman,dicemari,dicampur adukkan.Sudah lebih lima puluh tahun merdeka namun bahasa Inggeris masih dibiar tertulis digedung gedung,papan papan tanda,jalan jalan raya.Akhirnya diatas pintu rumah kita nanti .Akhbar akhbar ringgan dan berat yang menjadi bacaan utama rakyat jelata setiap hari masih tidak mahu memberi ruangan lebih kepada bahasa Melayu kecuali Berita Harian ,Utusan Malaysia dan Utusan Borneo.Lihat sahaja akhbar yang tertua di Sabah ini sebagai Daily Express dan Akhbar Sabah Times.Akhbar Sabah Times mengandungi lapan puluh muka halaman kesemuanya,Cuma enam belas halaman diuntukkan bagi bahasa Melayu sementara Daily Express lima puluh halaman,diperuntukan bagi bahasa Melayu cuma tujuh halaman.Kalau penulis menghantar karya yang panjang,terpaksa ditong sampahkan sebab ruangan sangat sangat terhad.Setinggi penghargaan patut diberi pada pengusaha akhbar Borneo Post yang telah mengambil langkah berani untuk menhormati hasrat para pembaca yang tidak tahu berbahasa Inggeris dimana pehak pengurusannya telah menerbitkan naskah dalam bahasa Melayu yang dipanggil “Utusan Borneo”.Penulis sangat bangga dan mengucap ribuan terima kasih kepada mereka mereka yang telah berkorban untuk merelisasikan seruan para pembaca terutama sekali mereka yang berada diluar bandar.Kepada saudara Lecong Angkui siapa yang berkerja keras untuk melaksanakan impian para pembaca yang cintakan bahasa Melayu patut diberi penghargaan oleh pehak Persatuan atau Dewan Bahasa dan Pustaka.Jasa dan pengorbanan beginilah patut dikenang buat selama lamanya.Tetapi penulis merasa sedih sekali apa bila terbaca dalam ruangan “Hanya Sekadar Pandangan”bahawa saudara yang dikasihi semua itu terpaksa mengundur diri atas sebab kecelakaan yang telah menimpah beliau baru baru ini,kita semacam terasa kehilangan sebiji permata.Semoga saudara Lecong sihat,lekas lekas sembuh dan kembali berkhidmat dengan Utusan Borneo.Usaha saudara yang telah dibantu oleh rakan rakan wartawan yang sama sama punya semangat kental untuk medaulatkan bahasa ibunda amat dihargai.
Kepada saudara saudara penulis angkatan lama dan baru baik perempuan mahupun lelaki yang masih mendiam diri diluar sana.Ayuh,mari kita sama berpekik menerusi hujung pena masing masing untuk mengutara pandangan yang membina kearah kebaikan dan keburukan menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran mata pelajaran Sais dan Matematik.Jangan sibuk merotipaunkan kegiatan
kemajuan diri sendiri.Lontarkan pandangan,bebaskan jiwa daripada ikatan kebangsaan yang sempit,bukakan mulut untuk bersuara sejajar dengan perjuangan sebagai ahli falsafah,sasterawan,ahli fikir dan ahli sejarah.Keberadaan kita dalam suasana yang gamat begini memerlukan kesepaduan yang tulin sekaligus tegak berdiri menyuarakan hasrat demi untuk menghalang sesuatu rancangan yang difikirkan membawa kelubang kehancuran.Memberi peringatan kepada para juragan yang melaksanakan rancangan rancangan yang mendatangkan rezeki yang lumayan kepada bangsa atau merugikan berjuta orang ada lah suatu bidang tanggung jawap yang harus sentiasa dalam kamus hidup ahli ahli politikus yang telah diamanahkan oleh suara terbanyak.
Pemimpin yang terbaik adalah orang yang berjiwa rakyat.Bangsa yang terhormat adalah manusia yang menganggap bahasa itu jiwanya.Kalau hendak menjadi pemimpin kekal abadi dan disayangi ,serahkan segala keputusan itu kepada suara yang terbanyak.Jika nawaitu pemimpin itu hanya sementara sahaja,maka bolehlah dia sesuka hati membuat tindak tanduk yang membabi buta,membuncit perut sendiri dan sahabat handai yang terdekat dan melaparkan perut rakyat yang berjuta.Hakikat sebenar bahawa manusia yang tidak mudah lupa itu mengetahui dan faham sesungguhnya asal mereka daripada satu pula.Tuhan yang menciptanya.Kesatuan manusia yang dinamakan insani dipusatkan kepada keturunan yang sama yaitu “Adam dan Hawa.”
Sebagai mengakhiri paparan ini,mari kita semua mengambil peringatan yang telah disabdakan oleh Junjungan ketika beliau melaksana ibadat haji yang terakhir (Haji Wada) Baginda bersabda. “Segala sisa kepincangan zaman jahiliah dihabiskan pada waktu ini.Tak ada lagi memegahkan diri kerana keturunan.Sekalian manusia adalah turunan Adam,dan Adam ada lah berasal dari tanah.”Pidato Baginda itu telah dipatrikan dengan ayat yang bermaksud.
“ Wahai sekalian manusia!Sesungguhnya telah kami ciptakan kamu daripada asal.Seorang lelaki dan seorang perempuan,dan kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku agar kamu kenal mengenal;dan sesungguhnya yang semulia mulia kamu pada sisi Allah ia lah yang setakwa takwa kamu.” (Q.S.49; Al Hujurat: 12)

Karya: Maha, Sabah.
Pasir Putih Putatan Kota Kinabalu.
Sabtu 14 Mac 2009