YA KAH TIDAK ?
( JASMANI SIHAT MINDA SAKIT )
UNGKAPAN ya kah tidak ? Pertama kali mengisi kolum menerusi dada akhbar harian Maktab Perguruan Kent yang diberi nama “Suara Kent.” Yang dicetak secara stinsel ketika itu. Fungsinya semata-mata memberi peluang kepada
warga penuntut yang berminat dalam bidang penulisan yang berunsur kritikan membina sekaligus melatih mereka untuk mengasah bakat bagi menguasai siluk biluk penggunaan bahasa melayu yang betul. Responsnya ketika itu sangat menggalakkan menyebabkan penulis, siapa yang diamanahkan menjadi ketua Pengarang dan penerbit Suara Kent membernaikan diri menghantar rencana dengan menggunakan tajuk kulom ini kepada Ketua Pengarang Daily Express yaitu saudara Saidi Lampoh (S.Mala ). Akhbar Daily Express telah memberi kolum dimana penulis telah menghantar beberapa buah rencana yang berunsur kritikan membena,peristiwa ini berlaku sekitar tahun lapan puluhan,tetapi jangka hayatnya tidak lama sebab penulis telah berhenti menulis akibat tugasan sebagai pendidik yang telah ditukar keluar bandar.
Kini penulis telah bergiat semula menulis dan bercita-cita menghidupkan kolum Ya Kah Tidak ? jika mendapat restu daripada Ketua Pengarang Daily Express, akhbar yang julung-julung kali memberi ruang kepada penulis untuk menyiar beberapa buah karya yang berupa cerpen,sajak dan rencana. Tahniah dikalungkan kepada pehak pengurusan akhbar Daily Express diatas kesinambungan bagi memaparkan pelbagai jenis berita terkini dan kritikan yang membena tanpa takut-takut sekaligus berani kerana benar.
Sebagai seorang warga penulis yang seangkatan dengan penerbitan Akhbar Daily Expres,maka saya rasa terpanggil untuk memberi respons pada sebuah kritikan yang telah dilontarkan kepada Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Luar Bandar oleh presiden sementara MoCS, Datu Abdul Rajak Datu Abdul Sallam dimana beliau mengesa agar penukaran kepimpinan segera dig anti. Gesaan ini disifatkan oleh ahli jawatankuasa pemuda Umno kampung Karambunai,Ag.Azhar Yusuf sebagai tidak masuk akal,sebab tanpa elemen yang konkrit,kepimpinan yang telah dimandatkan oleh suara terbanyak rakyat mustahak dipertingkaikan. Seterusnya apa yang di paparkan oleh ahli pemuda Umno kampung Karambunai itu berlandaskan pada faundamentalisme yang jauh daripada sifat fanatik yang dipengaruhi oleh pemikiran rimba.
Lantas ,pehak penulis yang berada dalam kumpulan pemerhati pekembangan politik tanah air terutama sekali negeri tumpah darah yang tercinta ini terfikir bahawa fitrah hamba yang bergelar manusia sering lupa atau pun pura-pura lupa istilah Arab, Fitratullah yaitu fenomena yang termeteri dalam ketetapan Allah. Frekuensi atau perihal berulang-ulang bagi mengutarakan rasa ketidakpuasan hati dalam pelbagai arena terutama sekali dalam soal merebut kekuasaan dan ingin menjadi penguasa ekonomi yang teragung sesuatu hakikat
yang tidak pernah kunjung habis malah bertambah jenisannya sepanjang zaman.
Lontaran teguran atau kritikan yang meluruskan halatuju yang benar-benar memenuhi harapan rakyat berbilang kaum demi untuk mengisi kehedak mereka yang belum terisi lagi adalah di alu alukan,tetapi jika teguran itu besifat fatamorgana ,berusur yang dinawaitukan dengan emosi dengki,dendam,gila kuasa dan lain lain yang setaraf dengannya,sudah tentu tidak mendapat restu daripada yang Maha Kuasa. Itu lah makanya keujudan sesebuah parti politik yang berhampas pulas sekaligus bercita-cita besar menumbang Umno tidak berjaya sebab tidak direstui oleh Allah SWT walaupun parti itu punya penyokong yang serupa dengan UMNO, sebab pemimpin mereka pepat luaran rencung dalaman,cakap tidak serupa bikin. Mereka tidak tuduk kepada peribahasa moyang yang berbunyi. “ Buat baik perpada-pada,buat jahat jangan sekali.” Ungkapan keramat ini lah yang menjadi manusai berbakti kepada nusa dan bangsa bagi merealisasikan tujuan supaya tercapai maksud “ Harimau Mati Meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.” Bukan meninggalkan fiil penipu,pembohong, pembelut yang hendak dicari !
Kalau asal benih yang baik jatuh kelaut menjadi pulau. Ini lah yang cuba ditunjukkan oleh Perdana Menteri Malaysia hatta dengan berani beliau mengujudkan konsep 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan,pencapaian diutamakan, Nampaknya keberkesanan kosep ini sudah diterima oleh pelbagai kaum diseluruh pelusuk tanah air termasuk Sabah dan Sarawak kecuali kumpulan manusia yang berjasmani sihat berminda sakit.
Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Luar bandar tidak mustahak gentar atau ambil peduli gesaan manusia yang berjasmani sihat tetapi berminda sakit. Itu memang kerja mereka sejak zaman awalan berpati politik lagi.Mereka tidak mengenang budi. Teruskan perjuangan membantu rakyat jelata yang masih memerlukan pelbagai kemudahan terutama sekali diluar bandar. Yang penting lorong cita-cita Yang Amat Berhormat Perdana Menteri impikan.mahu merealisasi rakyat berpendapat lumayan dapat dicapai menjelang tahun 2020. Insyallah. Usaha merasa jemu turun menemui rakyat yang miskin. Berpengang kuatlah kepada peribahasa. Sekali pun ular menyusur akan,bisa tetap tidak hilang. Andainya mahu menjadi pemimpin seumur hidup. Penawarnya ,sanggup menghamba diri kepada rakyat tanpa memilih warna kulit,ugama dan kebudayaan.
Maha, Sabah
Lorong Citacita Pasir Putih Putatan
20.5.2011
TB. 0128032962
Saturday, May 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment