Friday, April 10, 2009

AKU .

AKU.

Aku dengar tangisan gergasi mereka,
aku nampak jelas aliran darah mengalir,
aku terasa petukan peluru menembusi tubuh kelian,
aku menangis hingga kehabisan air mata,
aku terasa kurus kering tanpa punya nafsu menikmati juadah,
tapi,aku sanggup membiarkan kamu bergelimpangan,
bertaburan seperti sampah hanyut dalam bengawan bernoda.

Aku adalah kamu!!
Kamu ia lah aku!
Aku sebangsa seugama dengan kamu !
Tanah tempat kamu berpijak juga bumi tempat aku berdiri !
Langit yang kamu junjung serupa dengan langit yang aku julang !
Tapi,aku jahil,aku pengecut tegar,aku boleh melihat tetapi buta !
Aku takut Amerika,aku durhaka kepada yang maha kuasa !

Aku punya api menyala !
Aku ada angin rebut puting beliung !
Aku memeliki air beraneka rasa !
Bumiku mengeluarkan minyak,emas dan tembaga !
Tapi,imanku kepada yang Maha Kuasa !
Telah tercabut daripada petala bumi kehidupan
Aku gilakan takhta!
Aku gilakan harta benda setinggi Gunung Himalaya !
Aku lemas dalam lautan hawa nafsu.

Karya: Maha, Sabah
Jumaat: 13 . 2 .2009
Pasir Putih Putatan Kota Kinabalu.

Nota: Peringatan kepada saudara saudaraku Yang berbangsa Arab,

Pantun Samma untuk Najib

Pantun berkait dalam bahasa suku kaum Samma(Bajau ) ditujukan khusus untuk YAB.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak sempena menjadi pemimpin number satu Negara.Ikuti seperti berikut:

“SAGING PINAWAR”
Saging pinawar tungkul ni pahit.
Gulai endoku diom Kuali.
Tuah Datuk Seri Mohd.Najib oyo barakat.
Manang melulu ya tagal niundi.

Gulai endoku diom Kuali.
Peluhuk mangan dinakan susah.
Najib ngantanan Perdana Menteri.
Dong tekelipat jomo nang Sabah.

Peluhuk mangan dinakan susah.
Idahan,Samma engko Ilanun.
Amun Najib banah delah ni gagah.
Dong pebirin jomo matai ngeremun.
.
Idahan Samma engko Ilanun.
Teposok Bisaya,Rungus engko Murut.
Datuk Seri Mohd.Najib buli meruhun.
Dong ghaai serebbut rebbut

Teposok Bisaya,Rungus engko Murut
Dong tekelipat Berunai,Suluk dan Kedayan.
Betutur bana bana dong ngalimut ngalimut
Ngakal,mangan suap dong niamalan.

Dong tekelipaton Berunai Suluk, dan Kedayan.
Kina,Kaling,India buli penosok.
Niantanan bana bana patua ambanan
Oron alap,keterunan yaa lusok.

Kina ,Kaling,India,buli penosok.
Nuut ellum mediom lahat ti.
Ingkon mitu jo tuturan penapendok.
Ngagad jo kami eyan bara bi.

Bahas Melayunya lebih kurang seperti berikut:
Pisang penawar tungkulnya kelat.
Dimasak isteriku dalam Kuali.
Nasib Datuk Seri Najib maha berkat
Menang sendiri tanpa diundi.

Dimasak isteriku dalam Kuali.
Lauk makan saudara susah.
Datuk Seri Najib memegang Perdana Menteri.
Jangan dilupai orang orang di Sabah.

Lauk makan saudara susah.
Dusun,Samma dan Iranun.
Kalau betul engkau jejaka gagah.
Usaha biarkan kami mati kebuluran

Dusun Samma dan Iranun.
Termasuk Bisaya,Rungus dan Murut.
Datuk Seri Najib harapan serumpun
Jangan mereka berebut rebut.

Termasuk Bisaya,Rungus dan Murut.
Jangan dilupai Berunai,Suluk kedayan.
Waspada betul betul memegang jawatan.
Pebohong,rasuah jangan amalkan.

Jangan dilupai Berunai Suluk Kedayan.
China,Keling,India boleh masukkan
Berpegang kuat kepada nasihat mantan.
Nama yang baik menjadi ingatan

China,Keling ,India boleh masukkan.
Menumpang hidup dalam Negara kita.
Sekian sahaja madah ucapan
Sabar menanti berita Perdana

Karya: Maha,Sabah
Pinggir Bangawan Tempasuk
Jalan Ranau Kota Belud Sabah.
17 hb Mac 2009.


“ SAGING SABAH”
Saging Sabah tungkul ni mamis.
Tagu emboku dioom belatak.
Abdullah Badawi ngambanan opis
gantian Najib Tun Abdul Rajak

Tagu emboku dioom belatak.
Abis kenasak ley Tikus Rapit.
Simomon remod beranti kerapak
Ngarap manok serama penosomo engko pipit.

Abis kenasak ley Tikus Rapit.
Temban dambua iram bana kulit
Amun manok serama pesomo engko pipit.
Matai kiti kakan tubangkit

Temban dembua iram bana kulit.
Dong kinakan engko renggot betong.
Amun binanan dempalit dempalit.
Simomon kiti nangis ngesong song.

Dong kinakan engko renggot betong.
Memiah kesakkan engko lemok badan.
Amun Datuk Seri Najib niaa buli nulung.
Yaaun guna ni nokong barisan.

Memiah kesakkan engko lemok badan.
Tabiat maku maku alap niritihan.
Otak palui,dupang a buli penalahan.
Amun pesoyo atai ta kuasa Tuhan.

Tabiat maku maku alap niritihan.
Gerigitan Pak Lah amun niamalan.
Manas Datuk Seri Najib niaa muan.
Langui langui kiti niaruun kinakan.

Gerigitan Pak Lah amun niamalan.
Beraan ni Datu Salleh pahu ni Musa Aman
Ngajar Samma muat keluman
Sanang ellum eko kenakan

Beraan ni Datu Salleh pahu ni Musa Aman.
Joga jogo ngusai jomo dan lahat.
Maku ampun maaf enkaam semimon.
Tekko no masani Abdulah beriat.

(Bahasa Melayunya lebih kurang seperti berikut:)
Pisang Sabah tungkulnya manis.
Nenekku simpan di dalam raga.
Abdullah Badawi meninggalkan Opis
Datuk Najib menganti segera.

Nenekku simpan didalam raga.
Habis dimakan si Tikus Rapit
Semua senyap tanpa berkata.
Mengharap ayam Serama bersama pipit.

Habis dimakan si Tikus Rapit.
Tinggal sebiji yang hitam kulit
Kalau bersama serama dengan pipit
Matilah kita di makan Hantu bangkit.

Tinggal sebiji yang hitam kulit.
Sakit perut jika dimakan
Kalau diberi hanya berdikit dikit
Semua tunduk bertagis tangisan

Sakit perut jika dimakan.
Cari makanan yang berzat zat
Andainya Datuk Najib ta beri bantuan.
Sokong barisan tidak seikat.

Cari makanan yang berzat zat.
Perangai minta minta baik di hentikan
Fikiran bangang segera dirawat
Minta bantuan pertolongan Tuhan

Perangai minta minta baik dihentikan.
Pak Lah marah betul kalau diamalkan
Datuk Najib beci lalu tidak beri bantuan
Habislah harapan tiada dimakan’

Pak Lah marah betul kalau diamalkan.
Diberi tahu Datu Salleh,dipanggil Musa Aman
Suku kaum Samma beri pelajaan
Senang makan sihat tubuh badan.

Diberi tahu Datu Salleh,dipanggil Musa Aman.
Berhati hati menjaga rakyat dan negeri.
Selamat maju jaya menjadi harapan.
Sudah tiba masanya mengundur diri.

Karya: Maha,Sabah
Pinggir Bengawan Tempasuk,
Jalan Ranau Pirasan Kota Belud
1.4.2009

Saturday, March 14, 2009

Baitul Muqaddis

BAITUL MUQADDIS.

Berdebur ulu jantung,bergegar kepala lutut,
bila alat pendengaran di tusuki oleh hangar bangar,
jeritan,tangisan manusia sejenisku dibumi Palestin,
hancur lumat badan dihampas bedilan meriam,
mengalir darah membasahi tanah air tercinta,
mereka berkorban jiwa demi kelansungan menuntut hak
yang dirampas oleh warga dunia beremosi rimba.

Baitul Muqaddis atau Jerusalem pusaka moyang kita,
lambang keagungan umat Muhammad seluruh pelusuk dunia,
kiblat awal melaksanakan suruhan menyembah Allah,
kini sudah dipijak pijak oleh syaitan syaitan
tanpa menghiraukan perintah kesatuan bangsa bangsa,
kemana hanyutnya pejuang pejuang muslimin yang mutlak,
ayuh,bangkit serentak serata menentang gigitan kezaliman .

Jangan biarkan semenanjung Gaza terbakar punah,
angkatan kafir laanat terus bermaharajalela
mengunyah habis nyawa anak anak dunia,
yang kini masih bergelimpangan,merayap,merangkak,
mencari tempat yang selamat tempat berlindung,
menuju pelabuhan yang tenang tempat berlabuh.

Karya: Maha, Sabah.
Sabtu 14 . 2 .2009
Pasir Putih Putatan
Kota Kinabalu.

airmata di pagi syawal

AIR MATA DI PAGI SYAWAL


Bening subuh menyambut Syawal.
Takbir berkemundang menjulang Raya nyaman terasa.
Dipohon doa kepada yang tiada sudah enam puluh purnama.
Irama pilu berecampur hiba bertelaga air mata tiada warnanya,
Beraneka juadah terhidang semacam tiada terhidu keharuman menyapa.
Kepada yang hilang tanpa kembali mengusek jiwa penuh seksa.
Hatta yang ditinggalkan begitu lama kekal subur bermain dalam minda.
Hanya menganyam iman menghalusi padang ingatan tercipta mesra.
Bisikan mengungkap petikan petikan firman menjadi amalan senantiasa.
Menghetung buah buah tasbeh menuntut restu khusus bagi yang tercinta.
Air Mata Dipagai Syawal setiap purnama menjelang .
Hakikatnya suatu penanda aras pemboktian mengingati yang hilang.
Peawar gegaran jantung penenang gulana hati yang sering berguyang.
Takut gagal mengikuti jejak beranjau yang memang sudah terancang.
Tapi mustahil umat Muhammad terlupa amanat pusaka nenek moyang.

Olih: Maha Sabah.
Sabtu 5hb Oct.2008.
Pasir Putih Putatan Sabah.

Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna

SESAL DAHULU PENDAPATAN
SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.
Bahasa jiwa bangsa.Bahasa menunjukkan bangsa.Tiada bahasa lenyaplah bangsa.Ungkapan keramat ini telah lahir semenjak manusia ujud di atas permukaan alam yang sementara ini.Mengapa sampai berketar ketar bibir sekaligus bergegar gegar kepala lutut mahu mendewa dewakan bahasa inggeris yaitu bahasa penjajah sebagai satu bahasa mesti diberi tempat yang istemewa tegasnya mesti dipertahankan untuk mengajar mata pelajaran Sains dan matematik di sekolah sekolah kebangsaan kita ?Sudah berpada pada kah pehak yang berkenaan bahawa tidakan itu boleh menjaminkan kejayaan anak anak bangsa dalam mencapai matalamat yang gemilang,cemerlang dan terbilang sebagaimana yang dimahukan oleh bangsa dan Negara yang sudah setengah abad bebas merdeka ini ?Jika ada jaminan syukurlah! Jangan yang dikandung beramburan sementara yang dikejar hilang.Fikir fikir lah wahai pemimpin yang menjadi harapan bangsa !Tiada guna menang sorak kampong tergadai.Sesal kemudian tiada gunanya.
Bahasa akan hidup dalam warna warni yang baru,tetapi hendaklah dimartabatkan dari awal hingga akhirnya agar membuahkan kejayaan yang di idamkan oleh penganut atau penutur tegasnya oleh bangsa itu sendiri.Semua kita ketahui bahawa sudah dua kali perang dunia yang maha dahsat baharu dalam tempoh setengah abad lebih daripada abad kedua puluh ini.Halaman dada dunia kini sedang berdegup menonton ancaman perang dunia yang ketiga walau pun rakyat Amerika telah menukar pemimpin kulit putih kepada pemimpin yang berkulit hitam namun itu bukan suatu jaminan yang boleh menjaminkan bahawa Nuklear tidak akan meletup untuk menghancurkan dunia.Begitu juga halnya dengan degup jantung pemimpin pemimpin Parti Barisan yang hingga kini belum tenang akibat kehilangan dua pertiga mejoriti.Ini,bukankah satu pengajaran yang jelas?Satu pertanda yang harus diambil perhatian!Kalau lampu merah sudah menyalah.Jangan melangkah.Bahaya ! Bagaimana nasib bahasa kita ?Masih berbahasakah kita ! atau jadi bangsa yang dijajah semula kah kita semua ?Sungguh dahsatnya bencana yang mendepani bangsa yang sudah merdeka ini,terlalu luhurnya pengaruh memaling muthmainnah para barisan pejuang kebangsaan Negara yang tercinta.Apakah mereka sudah taqarrub kepada kehendak insani seluruhnya dalam merelisasikan perjuangan yang diperjuangkan itu .Penulis berpendapat bahawa mereka sudah tersasar jauh,bertambah hanyut dalam gelombang semacam tidak dapat dipintasi lagi.
Keributan para pejuang bahasa sehingga tercetusnya tunjuk perasaan baru baru ini menyebabkan otak ahli ahli fikir di Erpoah sana terutama sekali pejuang pejuang bahasa mereka merasa terhormat sekali kerana anak anak bekas tanah jajahan mereka masih taat setia mendaulatkan bahasa ibunda mereka.Banggakah kita begitu wahai bangsaku! Orang orang yang diharap harapkan kini masing masing menegaskan bahawa mereka konon telah menjalankan bermacam jenis penyelidikan dalam menjawap segala pertanyaan bahawa pengajaran dalam bahasa penjajah itu sangat baik dan boleh menjaminkan kecemerlangan masa depan anak anak.Mereka semacam menutup kuping alat pendengaran,tidak mahu mendengar rintihan rintihan,tidak memperdulikan kemungkinan kemungkinan yang akan menjahnamkan bahasa sendiri,sedangkan segala hasil penyelidikan itu bisa berlainan tegasnya berlawanan.Kata setengah ahli peramal bahawa bala yang lebih dahsat telah menimpah sesuatu kejayaan selama ini pasti akan berulang lebih maha lagi , andainya arus yang deras itu terus di sunsung.Pengalaman laksana hempedu akibat kepala otak manusia masih mengandungi saki baki fikiran penjajah,masih diperhambakan oleh unsur unsur ilmu pengetahuan yang tidak berpancangkan keimanan,tidak berpegang kepada jatidiri,tidak bertolak daripada pengkalan yang tenang malahan kalau tidak dijiwai dengan ugama ertinya “Kehancuran”kerana ilm pengetahuan itu ada lah keris yang mampu menghambat balik.Kalau bukan hujungnya pasti pangkal yang mengenai kita.Harus difahami bahawa ilmu setinggi awan itu,kadang kadang boleh membunuh disamping boleh dipergunakan demi untuk kebaikan mahupun kejahatan.
Umpama ditonton melalui T.V didengari menerusi cerung Radio dan dibaca melalui dada akhbar yang saban malam dan hari menyiarkan pedato para pemimpin menyatakan bahawa pengajaran sains dan matematik itu mesti diteruskan tanpa mengambil peduli pekikan rakyat yang tidak menyetujui rancangan itu diteruskan.Sebenarnya isu ini boleh ditangani dengan bijaksana kalau ilmu pengetahuan yang dikatakan setinggi langit itu dapat disejalankan dengan suara suara halus manusia sekaligus disulami dengan minda yang subur disamping kebangkitan otak yang sedar.Tetapi kalau sekadar kepala yang maju dan hati berdegil,digembur rashia pengetahuan tidak diselungkar rashia hati,asik berahi memeluk ilmu moden,tapi suara akar ubi tidak didengari,mahu mengejar kemajuan sains hingga sanggup mengkolotkan pendapat sebangsa dan senegaranya.Kalau demikianlah hakikatnya.maka kesinambungan memperkasakan bahasa sudah tentu terumbang ambing,yang dikandung berciciran yang dikejar tidak dapat.
Pejuang pejuang agung bahasa telah berhampas pulas mengangkat mertabat bahasa ibubunda sejak zaman Munshi Abdullah hingga lah Negara mencapai kemerdekaan seterusnya bahasa Melayu telah dijadikan bahasa resmi Negara.Kerjaan telah sanggup berbelanja berbelion belion untuk mendirikan sekolah sekolah diluar bandar,malahan dikota kota besar hingga bertingkat tingkat, seterusnya membena bangunan Universiti Uneversiti demi untuk memenuhi hasrat rakyat yang mahu supaya semua anak anak dilengkapi dengan segala bentuk ilmu pengetahuan termasuk bahasa penjajah,tetapi hasilnya belum lagi dapat dibanggakan kerana terlalu ramai bilangan ahli ahli ilmuan tidak mengambil berat untuk memelayukan bahasa penjajah yang dikatakan bahasa yang menguasi segala ilmu dunia itu,Mereka asik mencampuradukkan bahasa ibunda dengan bahasa penjajah malah ada keluarga yang melayu melulu bertutur dalam bahasa penjajah dalam keluarga sehingga anak anak mereka sudah tidak pandai lagi berbahasa Melayu.Kepincangan hidup yang begini turut menyumbang mengapa kegiatan untuk mengangkat meruah bahasa tidak tercapai.Langkah yang terbaik ia lah bangsa yang menjadi penutur bahasa itu hendaklah berani kembali mengasuh,memupuk minda dengan arahan hati ..Janakan ilmu pengetahuan itu dengan penuh perasaan.Anggap betul betul bahawa bahasa itu jiwa bangsa yang merdeka.Bahasa yang kehilangan penuturnya sudah tentu akan hilang .
Jangan dinanti beruraian air mata menyesali kesilapan.kenang kenangkan lah bagaimana deritanya pejuang pejuang terdahulu menuntut kebebasan,bagaimana hinanya manusia mencium telapak kaki penjajah.Lambaran sejarah lama yang mahu bahasa Melayu terus diperbahrui,terus dikeataskan ,terus dikemuncakkan seharusnya menjadi matalamat semua.Yakinlah kita bahawa bahasa Melayu boleh menjadi sumber utama untuk menggali dan membongkar semua ilmu didunia ini seperti apa yang telah diboktikan oleh Negara maju seperti China ,Jepun,Korea dan lain lain Negara.Terlalu banyak cara bagaimana melipatgandakan usaha melonjakkan bahasa ibunda itu kesatu tahap yang teratas sebagaimana yang mungkin telah berjalan tapi tidak diamali secara berterusan.Kalau alasan bahawa bahasa Melayu itu tidak berkeupayaan untuk menerokai bidang ilmu Sains dan matematik kerana semua buku pelajaran itu terdapat dalam bahasa Inggeris.Mengapa terlalu rumit kah bagi pakar pakar bahasa Inggeris ya.ng telah ahli, untuk menterjemahkan semua buku buku Tex itu kedalam bahasa Melayu .Jika alasan itu menyarankan bahawa bahasa Melayu ketiadaan ungkapan dan istilah istilah bagi menamakan sesuatu peralatan sains.Ini juga persoalan yang tidak dapat diterima akal yang sedar.Kenapa dan mengapa kita tidak mampu membina istilah istilah dan ungkapan ungkapan dengan bahasa Melayu itu sendiri.Kalau istilah cerita pendik boleh dibuat dengan kependikan “CERPEN” dan cerita rekaan boleh menjadi “CEREKA” .Contoh ini merupakan cetusan fikiran seorang kanak kanak yang masih hingusan,tapi kalau diambil perhatian secara mendalam,ianya merupakan sesuatu yang punya pengertian dan tujuan yang bersumberkan nilai jatidiri dalam usaha membendung semangat kebangsaan yang sempit.Penulis teringat beberapa puluh tahun yang lalu semasa bertugas sebagai seorang guru disalah sebuah sekolah dilembah Kota Marudu.Waktu itu penulis sedang mengajar murid murid darjah lima atau tahun lima bagaimana membena ayat ayat yang lengkap dalam bahasa Melayu.Tiba tiba berdiri seorang murid lelaki lalu bertanya. “Bangsa apa yang punya perkataan “Makan dan bagaimana dia terbena cikgu ? Penulis merasa terkejut apa bila ditanya soalan yang begitu.Pertanyaan itu agak senang dijawap tapi sulit juga sebab tidak dapat dipastikan bagaimana ianya terbena sedemikian rupa.Sebelum menjawap pertanyaan budak itu,penulis lalu bertanya pula. “Bangsa kamu apa dia orang panggil “Makan”? “Mengakan”Sampok budak itu. “Orang Iranun bilang “Kuman” itu cikgu”Celah seorang budak suku Iranun.Semua kanak kanak dalam bilik darjah itu gelak ketawa.Jadi sekarang penulis telah memperolehi tiga patah perkataan yang berlainan tapi sama ertinya.Makan,Mengakan dan Kuman yaitu makan istilah Melayu,mengakan perkataan Dusun dan Kuman bahasa Iranun.Siapa punya bahasa itu dan bagaimana ianya terbena? Akhirnya penulis mengambil keputusan bahawa bahasa itu kepunyaan orang Melayu tapi ditiru oleh orang Dusun dan Iranun.Dari itu bunyinya tidak serupa.Alasan, berdasarkan bahawa orang orang Melayulah yang lebih awal mempunyai ilmu pengetahuan walaupun barangkali andaian ini tidak seratus peratus betul.Tetapi budak Dusun yang bertanya tadi nampaknya tidak puas hati.Dia semacam tidak yakin dengan penjelasan penulis.Kini budak itu telah menjadi seorang Jurutera yang bijak.
Mencintai bahasa adalah sebahagian daripada iman walaupun barangkali tiada tercatit dalam kitab kepercayaan kita,namun hakikatnya tetap bahasa itu menunjukkan bagsa ,Semua pemimpin bangsa didunia ini berlumba lumba mencari sebesar besar kemajuan untuk memajukan bahasa tanpa menhirau penat lelah,mereka pergi menjajah negeri negeri yang lemah termasuklah Malaysia sehingga mereka menjadikan bahasa mereka menjadi yang dipertuan agung diseluruh dunia seperti bahasa Inggeris yang kita masih cintai itu.Untuk kesemua itu bangsaku harus sedar dan insaf.Harus punya jatidiri yang kuat.Bangsaku harus jangan mudah tertipu oleh pujuk rayu pehak penjajah itu.Bangsaku harus kebal menghadapai keadaan yang menghambat secara halus itu.Pemimpin bangsaku mesti dengar kehendak yang dilaungkan oleh pejuang pejuang bahasa.Pemimpin bangsaku harus berani berugi berbelion belion ringgit untuk mencari jalan bagaimana meperkasakan bahasanya sendiri,bukan menghabiskan wang berbelion untuk mendewa dewakan rancangan memertabat bahasa orang lain.Tindakan demikian bukan semangat kebangsaan yang tulin.Bukan satu pengorbanan yang mustahak dicatit dalam sejarah bangsa.Pernahkah kita mendengar sindiran atau ejekan orang orang yang berkulit putih yaitu bangsa Inggeris sebelum perang dunia pertama dan kedua bahawa mereka dengan lantang megah berpekik bahawa pancaran sang suria tetap kekal menerangi alam bekas jajahannya walaupun mereka sudah bebas merdeka.Sungguh benar ejekan Inggeris itu saudara saudara sebangsa ,sebahasa dan setanah air.Terlalu ramai kepala kita membicarakan isu bahasa penjajah itu hingga menyebabkan pejuang pejuang bahasa tidak lelap tidur malam.
Persatuan persatuan atau pertubuaan pertubuhan bahasa yang telah banyak ujud dibumi yang berdaulat ini hendaklah melipatgandakan khidmat untuk mengatasi kebobrokan,kehancuran dan keruntuhan yang kini sedang terbentang diambang mata.Jangan sibuk mencari jalan bagaimana mengisi kantung sendiri sahaja sedangkan bahasa menghadapi ancaman,dicemari,dicampur adukkan.Sudah lebih lima puluh tahun merdeka namun bahasa Inggeris masih dibiar tertulis digedung gedung,papan papan tanda,jalan jalan raya.Akhirnya diatas pintu rumah kita nanti .Akhbar akhbar ringgan dan berat yang menjadi bacaan utama rakyat jelata setiap hari masih tidak mahu memberi ruangan lebih kepada bahasa Melayu kecuali Berita Harian ,Utusan Malaysia dan Utusan Borneo.Lihat sahaja akhbar yang tertua di Sabah ini sebagai Daily Express dan Akhbar Sabah Times.Akhbar Sabah Times mengandungi lapan puluh muka halaman kesemuanya,Cuma enam belas halaman diuntukkan bagi bahasa Melayu sementara Daily Express lima puluh halaman,diperuntukan bagi bahasa Melayu cuma tujuh halaman.Kalau penulis menghantar karya yang panjang,terpaksa ditong sampahkan sebab ruangan sangat sangat terhad.Setinggi penghargaan patut diberi pada pengusaha akhbar Borneo Post yang telah mengambil langkah berani untuk menhormati hasrat para pembaca yang tidak tahu berbahasa Inggeris dimana pehak pengurusannya telah menerbitkan naskah dalam bahasa Melayu yang dipanggil “Utusan Borneo”.Penulis sangat bangga dan mengucap ribuan terima kasih kepada mereka mereka yang telah berkorban untuk merelisasikan seruan para pembaca terutama sekali mereka yang berada diluar bandar.Kepada saudara Lecong Angkui siapa yang berkerja keras untuk melaksanakan impian para pembaca yang cintakan bahasa Melayu patut diberi penghargaan oleh pehak Persatuan atau Dewan Bahasa dan Pustaka.Jasa dan pengorbanan beginilah patut dikenang buat selama lamanya.Tetapi penulis merasa sedih sekali apa bila terbaca dalam ruangan “Hanya Sekadar Pandangan”bahawa saudara yang dikasihi semua itu terpaksa mengundur diri atas sebab kecelakaan yang telah menimpah beliau baru baru ini,kita semacam terasa kehilangan sebiji permata.Semoga saudara Lecong sihat,lekas lekas sembuh dan kembali berkhidmat dengan Utusan Borneo.Usaha saudara yang telah dibantu oleh rakan rakan wartawan yang sama sama punya semangat kental untuk medaulatkan bahasa ibunda amat dihargai.
Kepada saudara saudara penulis angkatan lama dan baru baik perempuan mahupun lelaki yang masih mendiam diri diluar sana.Ayuh,mari kita sama berpekik menerusi hujung pena masing masing untuk mengutara pandangan yang membina kearah kebaikan dan keburukan menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran mata pelajaran Sais dan Matematik.Jangan sibuk merotipaunkan kegiatan
kemajuan diri sendiri.Lontarkan pandangan,bebaskan jiwa daripada ikatan kebangsaan yang sempit,bukakan mulut untuk bersuara sejajar dengan perjuangan sebagai ahli falsafah,sasterawan,ahli fikir dan ahli sejarah.Keberadaan kita dalam suasana yang gamat begini memerlukan kesepaduan yang tulin sekaligus tegak berdiri menyuarakan hasrat demi untuk menghalang sesuatu rancangan yang difikirkan membawa kelubang kehancuran.Memberi peringatan kepada para juragan yang melaksanakan rancangan rancangan yang mendatangkan rezeki yang lumayan kepada bangsa atau merugikan berjuta orang ada lah suatu bidang tanggung jawap yang harus sentiasa dalam kamus hidup ahli ahli politikus yang telah diamanahkan oleh suara terbanyak.
Pemimpin yang terbaik adalah orang yang berjiwa rakyat.Bangsa yang terhormat adalah manusia yang menganggap bahasa itu jiwanya.Kalau hendak menjadi pemimpin kekal abadi dan disayangi ,serahkan segala keputusan itu kepada suara yang terbanyak.Jika nawaitu pemimpin itu hanya sementara sahaja,maka bolehlah dia sesuka hati membuat tindak tanduk yang membabi buta,membuncit perut sendiri dan sahabat handai yang terdekat dan melaparkan perut rakyat yang berjuta.Hakikat sebenar bahawa manusia yang tidak mudah lupa itu mengetahui dan faham sesungguhnya asal mereka daripada satu pula.Tuhan yang menciptanya.Kesatuan manusia yang dinamakan insani dipusatkan kepada keturunan yang sama yaitu “Adam dan Hawa.”
Sebagai mengakhiri paparan ini,mari kita semua mengambil peringatan yang telah disabdakan oleh Junjungan ketika beliau melaksana ibadat haji yang terakhir (Haji Wada) Baginda bersabda. “Segala sisa kepincangan zaman jahiliah dihabiskan pada waktu ini.Tak ada lagi memegahkan diri kerana keturunan.Sekalian manusia adalah turunan Adam,dan Adam ada lah berasal dari tanah.”Pidato Baginda itu telah dipatrikan dengan ayat yang bermaksud.
“ Wahai sekalian manusia!Sesungguhnya telah kami ciptakan kamu daripada asal.Seorang lelaki dan seorang perempuan,dan kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku agar kamu kenal mengenal;dan sesungguhnya yang semulia mulia kamu pada sisi Allah ia lah yang setakwa takwa kamu.” (Q.S.49; Al Hujurat: 12)

Karya: Maha, Sabah.
Pasir Putih Putatan Kota Kinabalu.
Sabtu 14 Mac 2009

Saturday, February 28, 2009

Bajau, sama atau Samma?

BAJAU atau SAMMA


Kecintaan pada sesuatu bangsa dan ugama dikatakan sebahagian dari identiti atau ciri ciri,sekaligus sebahagian daripada iman.Mengidentifikasikan atau menentukan sifat sifat suatu seleksi yang harus dibicarakan secara sahih demi untuk menjadi pangkalan generasi generasi muda samma atau Bajau mengikut halatuju ke suatu pelabuhan dimana mereka mahu bersauh.Ketumbuhmekarannya daya fikir yang tanpa batasan dalam dunia yang global ini,semacam bertambah cepat atau pantasnya jangkauan alat fikir itu,bertambah jelaslah erti kebenaran,keidetitian,kejatian diri dan kemurnian menjana proses perkembangan alam sekitar kita. Kesemua fenomena tegasnya kejadian yang mampu diperhatikan ini,menambah kukuhnya keyakinan dan kepercayaan tadi.Memang terdapat wujudnya ketidaksenangan fikiran,emosi keragu raguan dalam melepasi sesuatu kepercayaan,namun semangat yang telah berurat di hati harus didepani,kalau boleh mesti di teruskan.Dari itu penulis sudah lama terpanggil yaitu sejak tersiarnya rencana Donald Stephen menerusi dada Borneo News Sabah Times keluaran 30.6.1960 yang bertajuk. “DUSUN or KADAZAN?” Tetapi malangnya ketika itu mata pena masih belum pandai menyusun cerita disamping ketidaksesuainnya keadaan.Apa bila rencana itu diulang semula dalam ruangan Bahasa Inggeris akhbar Daily Express keluaran pada 25.1.2009,maka penulis memberanikan diri menghurai apa yang telah lama berurat di hati.Donald Stephen,kemudian diberi nama Tun Fuad Stephen setelah memeluk ugama islam ialah mantan Negara dan Ketua Menteri Sabah,beliau seorang pemimpin yang bukan keturunan Kadazan Dusun.Mengapa beliau begitu berminat membicarakan tajuk kadazan dusun itu? Jawapannya mungkin semua orang boleh tahu apa bila sudah mengikuti tulisan beliau yang panjang lebar itu yang hingga kini masih dihujahkan oleh pengikut pengikut setia beliau meliputi semua peringkat termasuklah ahli ahli cerdik pandai yang merangkumi semua profesion.
Bahasa menunjuk bangsa,Bangsa yang kita anuti yang mana sudah ditakdirkan,itulah bangsa kita,tanpa di sedari siapa dan darimana datangnya nama sesuatu bangsa itu namun seharusnya menjadi kecintaan pada kumpulan kaum yang dipanggil manusia itu. Cuba bayangkan kalau anda berkeliaran dipermukaan alam ini tanpa bangsa dan bahasa.Nescaya terasa begitu pelik dan asing sekali.Bukan ?
Manusia yang mencintai bangsanya secara mendalam,ikhlas dan tidak berbelah bahagi sekaligus mana bila bangsanya dimartabatkan kepada suatu darjat yang tinggi setarap dengan kedudukan yang mulia diantara bangsa bangsa,maka rasa kemegahan dan bangga beginilah barang kali mengapa pemimpin pemimpin suku kaum Kadazan Dusun yang telah dimulakan oleh Allahyarham Tun Fuad itu masih meneruskan perbincangan hingga saat ini dalam usaha mereka mencari jalan bagaimana memartabat suku kaum mereka,walau pun suku kaum mereka telah mencapai beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan seperti bahasa kadazan dusun telah menjadi mata pelajaran disekolah sekolah kebangsaan,kaum mereka telah punya Dewan Serbaguna yang besar yang dikenali dengan nama Hongkod Keinsanan.Bangunan yang tersergam indah inilah tempat suku kaum mereka berhimpun saban tahun untuk merayakan hari kebesaran mereka yang terkenal dengan nama Tadau Kaamatan disamping lain lain perayaan yang kecil kecilan .Boleh dikatakan usaha pemimpin pemimpin menerusi persatuan persatuan nampaknya sudah berbaloi kalau dibandingkan dengan pencapaian lain lain suku kaum yang terdapat di negeri Sabah ini.
EMPAT PULUH SUKU KAUM
Suku kaum Kadazandusun terdiri daripada empat puluh suku kaum kesemuanya seperti yang tersinarai berikut:
1.Bisaya 6.Garo 11.Kuijjau 17. Makiang 23. Paitan
7.Idaan 12.Lingkobau 18. Malapi 24. Pingas
2.Bonggi 8.Kedayan 13.Liwan 19. Mangkaak 25. Rumanau
3.Bundu 9.Kimaragang 14.Lobu 20. Minokok 26. Rungus
4. Dumpas 10.Kolobuan 15. Lotud 21. Murut 27. Sinobu
5. Gana 16.Lundayeh. 22. Ngabai 28. Sinorupu

29.Sonsogon 30. Sukang 31, Sungai 32. Tatana 33.Tangora. 34.Tidong. 35. Tindal 36. Tabilung 37. Tolinting 38.Tombonuo. 39.Tuhanwon. 40. Tutung.

Terdapat beberapa suku kaum yang tersenarai sebagai kelompok suku kaum Kadazandusun yang agak meragukan seperti suku kaum Kedayan,Sungai,Tutung dan Bisaya.Kemasukan suku kaum tersebut kedalam kumpulan Kadazandusun memerlukan kajian dan penjelasan berdasarkan sumber sumber yang boleh diterima oleh suku itu khasnya dan semua orang umumnya.
Kebertanggungjawapan para pemimpin Kadazan dusun yang berjaya mengumpul suku suku kaum yang tersebut bernaung dibawah satu payung atau bumbung
merupakan suatu usaha yang sangat mustahak demi untuk memudahkan usaha untuk membantu memajukan ekonomi dan pembelajaran anak anak mereka sekaligus dapat mengeratkan perpaduan dan meningkat tali hubungan yang lebih kukuh lagi.Usaha ini bukan mudah kalau tidak dilakukan dengan penuh tanggung jawab dan berterusan.Keberadaan suku suku kaum ini berlindung di bawah satu bumbung nampaknya amat menarik sekali sebab dikawasan Hongkod Koisaan sana telah dibariskan rumah rumah untuk mereka.Tiap tiap rumah itu dinamai dengan nama suku kaum masing masing.Mereka merasa megah mendapat peluang ini terutama sekali diwaktu menyambut hari kebesaran yang terbesar yaitu “TADAU KAAMATAN”.Kita sebagai pelawat dan pelancoung terasa seronok demi melihat beraneka jenis alat alat disamping terhibur oleh beraneka retak irama musik yang berlainan sekaligus berpeluang pula menonton berjenis macam pakaian dan tarian tradisi mereka.Sangat unik dan menghiburkan.
SAMAH atau SAMA atau SAMMA
Sesudah bergembira dan berseronok seronok disamping bersorak sorakan sambil menepuk tangan hingga terasa pedih sampai bermandi keringat menjadi penonton persembahan kebudayaan rakan senegeri kita,maka mari kita berbicara bagaimana
cara yang terbaik untuk mengangkat martabat suku kaum yang kedua tersebar yaitu suku kaum Samma atau Bajau.Moga moga usaha dapat dibuat sebagaimana yang suku kaum Kadazandusun lakukan itu,tapi sebelum bertolak selanjutnya,elok juga diperkatakan lantaran dengan ejaan dan pengertian samah atau sama atau Samma itu.
Kita terpaksa memilih salah satu daripada istilah itu berdasarkan lojiknya.Sama ertinya serupa ,tidak berbeza atau berlainan.SAMAH maknanya sampah sarap dan SAMMA tiada terdapat didalam kamus Dewan ertinya bahasa itu kepunyaan suku Bajau itu sendiri sementara istilah Sama dan Samah itu kepunyaan suku kaum Melayu .Kalau istilah CERPEN lahirnya daripada dua istilah yaitu CERITA PENDEK dan CEREKA terbina daripada dua istilah yaitu CERITA REKAAN.Bagaimana dengan istilah “MELAYU atau KADAZAN atau DUSUN atau MURUT dan lain lain nama suku kaum.Mungkin ahli ahli istilah boleh menyatakan bagaimana istilah istilah itu terbentuk dan suku suku yang mana punya istilah itu.Asal usul istilah ini sangat mustahak diketahui kalau benarlah bahawa bahasa itu menunjukkan bangsa.Sekarang penulis mencadangkan supaya istilah SAMMA itu digunakan untuk nama kumpulan manusia yang kenali sebagai Bajau itu sebab istilah tersebut terlahir daripada nenek moyang manusia yang dikatakan Bajau itu.
BAJAU atau SAMMA.
Suku kaum yang mendiami dis epanjang tebing sungai Kota Marudu dahulu namanya Bandau terdiri daripada suku kaum SAMMA.Dilembah Tempasuk Kota Belud,kaki anak bukit daerah kecil Tenghilan,dataran Tuaran,Telipuk,Menggatal,Likas ,Putatan,Kinarut,Papar,Kimanis,Membakut juga terdapat suku kaum SAMMA.Penduduk penduduk ini mengelar diri mereka SAMMA,bukan BAJAU,tapi pada asasnya serupa sahaja walau pun terdapat berbezaan erti bahasa dan rentak irama percakapan umpamanya SAMMA Tuaran bilang istilah “LANJI LANJI” itu lawa atau cantik,tetapi SAMMA Kota Belud kata istilah itu .bererti “PENGURAT” SAMMA Putatan bertanya. “
NANGGO KAM ? bahasa Melayunya “DARIMANA KAMU ?” SAMMA Tempasuk pula bertanya. “LEKAT MINGGO KAM ?”.Cuba perhatikan.Tidak begitu ketara perbezaannya dan begitulah terdapat dalam lain lain perkataan ,adat istiadat kematian,perkahwinan termasuklah kebudayaan seperti Tarian,Bertitik dsbnya.Selanjutnya mari kita mengambil sedikit masa untuk berhujah tentang istilah Bajau dan SAMMA itu.Bajau kah kita ?Atau Samma kah kita ? Saranan ini bukan bertujuan untuk mengwujud unsur perpecahan tetapi bermaksud untuk mengenalpasti sebagai suatu pengalaman demi untuk memperjelaskan kontradiksi atau ketidaksesuaian kekeliruaan sekaligus menjawab pertanyaan pertanyaan yang mahu tahu apa perbezaan Bajau dan SAMMA itu ?
Memang kita sedar ramai orang orang Bajau atau Samma diluar sana menganggap perkara ini remeh,tidak mustahak terutama sekali kumpulan Samma yang tidak meminati bangsa sendiri walaupun pada hakikatnya mereka itu keturunan Samma melulu..Tetapi ,jangan didengari jenis manusia yang erti kebangsaannya amat sempit,kamiran kejadiannya telah bercampur aduk dengan unsur unsur nihil disamping buta mata hatinya meneruskan hidup sementara ini.
Para para pembaca suku kaum Samma atau Bajau yang budiman,keterpanggilan penulis yang kerdil ini berani membuka gelanggang untuk mempersembahkan juadah untuk menjadi santapan minda yang cerdik pandai termasuk angkatan belia belia dan beliawanis beliawanis dimana sahaja mereka berada supaya jangan takut dan ragu menyumbang fikiran yang membina demi untuk kepentingan suku kaum Samma yang semacam berada dihujung kuku akhir akhir ini.Jikalu bukan kita,siapa lagi ?Kalau bukan hari ini,bila lagi ?Dan kalau tidak diNegeri ini kemana lagi ? Oleh itu fikir fikirlah !Jangan tunggu ayam terlepas tangan bau tahi !
Berbalik pada istilah Bajau atau Samma yang pada hakikatnya tidak punya perbezaan yaitu berasal daripada keturunan yang serupa,Cuma yang membezakan lantaran dengan kahwin campur.Misalnya anak muda Samma yang berkahwin dengan lain bangsa yang datang dari jauh seperti dari Negara jiran Indonesia,Philipina,Thailand,Semenjung Tanah Melayu,mahupun dari Negara luar seperti India ,PakistanBangladesh, Negara Negara Timur Tengah juga dari Negara Negara Barat.Hasil perkahwinan mereka itulah dikatakan kumpulan suku kaum Bajau sementara anak anak gadis Samma yang bernikah sesama bangsa itu yang dikatakan SAMMA.Dari itu menurut kajian sejarahwan penjajah bahawa suku kaum Bajau itu ia lah kumpulan manusia yang hanyut ke Pulau Borneo yang datang daripada tempat yang jauh seperti suku kaum Samma di Sempurna,Sandakan,Lahad Datu,Tawau,Pulau Labuan dan Kudat.Mereka mereka ini dikenali sebagai Bajau Laut dan Bajau.Kajian sejarahwan barat itu harus diambil perhatian oleh para sejarahwan kita terutama sekali siapa siapa anak Samma yang arif dalam bidang tersebut.Kita tidak boleh membenarkan suku kaum yang lain memandai mandi untuk mengatur perjalanan sejarah bangsa kita.Jangan menang sorak,bangsa tergadai!Yang tinggi misti dijuluk sementara yang rendah hendaklah dipanjat.
ASAL USUL KETURUNAN SAMMA.
Berbalik kepada asal usul keturunan Samma yang mana telah diceritakan oleh nenek penulis yang sudah menjadi kebiasaannya bercerita dalam bahasa Samma Tempasuk “BEKENAAN” selepas makan malam sambil limpang limpang atau baring baring ,waktu itu penulis baharu belajar dalam darjah lima.Nenek penulis itu pakar dalam bidang perubatan tradisi,dia dikenali sebagai Bomoh dan Penguling atau bidan.Orang orang samma Kota Belud panggil dia,Bomoh atau penguling “Embo Ani anak Embo Buang cucu Embo Logong.Pada suatu malam nenek penulis itu bekenaan fasal cerita sepasang suami isteri yang tiba tiba datang membuat kediaman di kaki sebuah bukit yang menghadap Kuala Abai berdekatan dengan kampong Kulambai.Pasangan yang ajaib itu menyara hidup dengan bercucuk tanam seperti ubi kayu,lengkuas,Pisang dan padi bukit.Pasangan itu mempunyai beberapa orang anak,tapi yang paling dikenali bernama Logong bersempena dengan potongan kepalanya semacam sebiji buah kelapa.Orangnya dikatakan panjang besar.Warna kulitnya kemerah merahan.Kepalanya lagas yaitu tiada berambut.Pemuda itu sangat tangkas dan gagah.Kononnya dia selalu dipanggil oleh O.K.K.Abdul Rashid bin Arshad untuk membawa beliau menyeberangi sungai Embo Sadung apabila air sungai sedang banjir.Embo Logong ini diceritakan mempunyai dua puluh lapan orang anak lelapuan.Anak anaknya apa bila telah dewasa telah merantau ke seluruh daerah seperti ke Tuaran,Telipuk,Menggatal,Inanam,Singah Mata atau Api Api,Petagas,Putatan,Kinarut,Kimanis,Membakut dan Papar dan khabarnya ada juga seorang pergi ke Berunai.Beliau lah yang menamakan bukit tempat kedua ibubapanya tinggal itu dengan nama “BELUD TANDUK” dan di kaki bukit itu terdapat air terjun yang dinamakannya. “BUEH RURU”.Nama tempat itu masih kekal hingga sekarang.Banyak lagi nama nama tempat yang mengunakan bahasa Samma seperti sungai,lupak,pohon pohonan,bukit bukau,padang dsbnya.Kesemua ini mendalilkan bahawa suku kaum samma bukun bangsa yang hanyut daripada tempat yang lain seperti yang dikatakan oleh pengkaji pengkaji barat itu.Mahukah bangsa Samma ini dikata oleh pengkaji sejarah penjajah bahawa Samma itu ialah satu kumpulan manusia yang telah dihanyutkan oleh gelombang daripada luar Negara seperti dari Negara jiran dan dari luar Negara? Logikkah dakwaan yang kemungkinan dibuat buat itu ? Ini lah yang menyebabkan penulis terpanggil untuk mengajak para pejuang bangsa supaya dapat bersatu untuk mengkaji saranan dan dakwaan yang cuba memesung kefahaman terhadap suku kaum Samma yang mereka sifatkan masih berada dibawah tempurung itu.Tiada guna mendabik dada dengan topi pesagi atau ijazah bergulung gulung.Apa erti pangkat setinggi Kinabalu,apa maknanya harta bertimbun timbun,rumah bertingkat tingkat,memiliki emas,intan berlian berbungkal bungkal jika nilai martabat bangsa masih berada dihujung kuku ?
Penulis tidak berniat untuk mencerai beraikan erti perpaduan suku kaum Samma yang masih terumbang ambing dalam semua bidang itu,sekadar mahu mengajak anda anda semua membincangkan cerita peninggalan nenek moyang yang mengatakan bahawa Samma itu memang telah wujud dibumi Sabah yang tercinta ini.Justeru keadaan kini semua suku kaum semacam berlumba lumba untuk memertabatkan bangsa masing masing terutama sekali suku kaum Kadazandusun.Jadi,penulis berpendapat adalah tidak keterlaluan dan belum terlambat kalau kita mencari ketetapan tegasnya bermurah hati untuk menyokong bahawa istilah SAMMA itu digunakan sebagai nama bangsa kita.Penulis tidak berminat untuk berteka teki,tetapi terpulanglah kepada saudara saudara suku kaum Samma memikirkan dengan teliti apa sebenarnya yang tersirat dalam tindakan untuk menggunakan nama itu.Fikir fikirlah demi untuk peninggalan kita kepada generasi yang akan datang.
Kini anak anak Samma atau Bajau standing dengan lain lain suku kaum dalam semua bidang ilmu pengetahuan baik ilmu keduniaan mahupun ilmu kerohanian,Cuma semangat juang untuk memperkasakan bangsa semacam kurang berminat,dalilnya ketika kita berumah dipuncak bukit,terlupa berguling ketanah rata,lembah,dan pantai.Yang paling mendukacitakan, kita terlepas pandang,mungkin terlupa atau sengaja lupa membena lambang perpaduan bangsa,perpaduan kaum.Maksud penulis pemimpin pemimpin Samma tidak berminat membena “RUMA MELAGA SAMMA.” Atau apa sahaja yang menjadi kemegahan bangsa itu guna untuk kenang kenangan agar dapat memenuhi erti peribahasa.”Harimau mati meninggal belang,manusia mati meninggalkan nama.” Ah,barang yang lepas,usaha dikenang,kalau dikenang merana badan,menghancur hati.Ayam terlepas tangan bau tahi!

PSBB dan PSS.
Pertubuhan Sabah Bajau Bersatu telah wujud dibumi Sabah sejak merdeka.Bertukarganti anak Samma menjadi pemimpinnya.Kesemuanya melagukan irama yang serupa.Tiada perubahan yang ketara kelihatan.Hanya diundang sebagai penghias dan pencukup acara.Pasukan berkuda suku kaum Samma dari Kota Belud.Berbaris disepanjang bibir lebur raya ibu negeri.Memberi hormat kepada pemimpin pemimpin dalam dan luar Negara.Kumpulan Bertitik,berunsai dan bersilat dijemput sama sebagai penghibur.Lepas itu habis cerita.Balik bermandi keringat.Ada undangan datang lagi.Kini kebudayaan suku Bajau atau Samma beransur londod atau mati.Anak anak muda dan mudi tidak berminat mempelajari bertitik ,berunsai dan berisun isun .Kalau ada diantara mereka yang berminat tapi tiada tempat dan guru khas yang tempat mereka berlajar dan berkumpul.Mereka berminat berlatih di Rumah Kebudayaan Samma seperti saudara mereka suku kaum Kadazan Dusun yang sudah punya Dewan Kebudayaan sendiri.Tidak perlu lagi meminjam Balai Raya,Dewan Masyarakat.Mereka bertanya .Bila lagi kita punya Dewan sendiri? Sebenarnya membina bangunan khas untuk kegunaan sesuatu suku kaum itu amat besar pengaruhnya dalam menjayakan sebarang kegiatan.Bangsa itu terasa megah kalau diberi sesuatu sebagai warisan mereka apa tah lagi jika bangunan itu dinamai dalam bahasa mereka seperti “RUMA MELAGA SAMMA”,RUMA OYO,PESOKO TI dsbnya.
Beberapa tahun yang lepas PSBB pernah bertukar nama pada persatuan kebudayaan Bajau Bersatu guna untuk memfokuskan kegiatannya dalam membangunkan kebudayaan sahaja.Banyak suara suara menegur kewujudan itu hingga tertubuhnya Persatuan Sama Sabah.Memandang PSS semacam mendapat sokongan luar biasa daripada kalangan suku kaum Samma terutama sekali angkatan muda mudinya,ditambahi pula apabila perasmianya telah di lakukan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah.Sungguh meriah majlis pelancaran PSS ketika itu.Beribu suku kaum Samma yang datang masing masing menyimpan harapan supaya persatuan yang baru ditubuhkan itu dapat membuat sesuatu yang berfaedah demi masa depan generasi generasi yang akan datang.Pujian demi pujian telah diberi kepada pihak yang bertanggung jawab menubuhkan PSS sekaligus mengutuk pemimpin pemimpin PSBB yang telah mengheret persatuan yang telah berusia itu kedalam ruang yang lebih sempit dan mereka menganggapkan bahawa skop kegiatannya hanya terfokus pada kebudayaan dan kesenian sahaja.Rungutan rungutan yang tidak henti henti itu menyebabkan pemimpin PKSBB mengembalikan nama asal persatuan itu kenama asal iyaitu Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu { PSBB ) Kini bidang kegiatannya lebih menyeluruh.Berkemungkinan akan menjadi salah sebuah Parti Politik di masa akan datang sebagai sebuah bahtera tempat suku kaum Samma belayar untuk mengejar impian yang dicita citakan.,tapi jangan pula kemudahan itu digunakan hanya untuk memenuhi kantung sendiri,melaparkan berjuta juta perut saudara saudara sebangsa dan seugama.Kemudikanlah bahtera itu mengikut hala tuju yang lurus tanpa menghirau hampasan ombak gelombang yang pasti datang. menghalang pelayaran.Jangan pintar menghambur kata kata,berpidato berdegar degar,tapi tahi palat sangkut diatas gelagar.Apa guna menang sorak,tapi maruah bangsa dipijak dan terbiar tetap,tetap terbiar dihujung kuku.
NAMA GELARAN/ HARI KEBESARAN
Semua bangsa atau penghulu bangsa berhasrat mencari sebanyak banyak peluang untuk bangsa dan tanah tumpah darahnya tanpa menghiraukan apa yang dihadapi oleh bangsa lain.Nawaitunya yang paling terkemudian ialah menjadi yang terbilang di dunia,menguasAi sebahagian besar alam sebab diketahuinya sesebuah bangsa yang lemah itu,akan menjadi mangsa pada bangsa yang gagah perkasa.Dari itu bangsaku hendaklah menjadi bangsa yang kuat dan kaya raya.Perniagaan mereka yaitu bangsa kami sewajarnya yang paling laris diseluruh pasaran antara bangsa sekaligus bangsa kami hendaklah memIliki armada yang teguh,angkatan laut,darat dan udara.Kemahuan bangsa kami jangan tidak didengari.Siapa siapa yang cuba membantah akan kami gayangi..Untuk itu bangsa kami yang kedua teramai dibumi dibawah bayu ini,patut mempunyAi slogan nama gelaran dan hari kebesaran,Diletakkan dalam mUzium sebagai warisan dan kemegahan anak anak cucu.Dalam menjayakan semua cita cita itu,ilmu pengetahuan yang mencukupi hendaklah disusunatur untuk diberi kepada anak anak yang bakal menjadi penerus perjuangan bangsa.Keberanekaan kemajuan yang terdapat diseluruh dunia hendaklah dibawa masuk dan dipusatkan seratus peratus ke persada tanah tumpah darah kami sebab semua kemajuan yang berada di barat itu adalah berasal daripada tanah air kami.Sarjana kamilah yang awal mulanya memperkenalkan ilmu kesopanan dan menemui idea idea baru lantaran pengetahuan.Jadi bangsa kami tidak perlu takut berkorban untuk memperjuangkan kebenaran yang sejati.Bangsa kami jangan biarkan pemuka pemuka sejarah penjajah menyusun riwayat hidup bangsa kami secara hayalan belaka demi untuk kepentingan bangsa mereka mengambil kepentingan untuk menindas dan memuas rasa kemegahan kebangsaan sekaligus melagukan irama memuja diri sendiri.
Masih ingatkah kamu wahai bangsa kami bahawa orang orang Inggeris pernah melontar ejekan dan sindiran sebelum perang dunia pertama dan kedua ,menegaskan bahawa mata hari tidak pernah terbenam dalam semua tanah jajahannya.Keseluruhan lautan dalam dunia ini di bawah kekuasaan bangsanya .Berlaku zalimkah mereka atau adil kah dia orang,namun bangsanya tetap bangsanya juga.Pejuang pejuang bangsa Jerman dalam pidato mereka ketika berada dalam zaman Hitler seringkali menegaskan bahawa bangsa Jerman yang paling atas daripada semua bangsa.Mereka mengatakan bahawa darah mereka amat suci,sentiasa suci.
Kelantangan pekikan yang memuji bangsa sendiri itu telah membangkitkan semangat bangsa bangsa dibenua Eropah ketika itu hingga menjangkau menjadi Napoleon I dan Napoleon III di Perancis,pada abad yang sudah dan Musolini,Bismarck dan Hitler sesudahnya.Kemudian semua bangun bersuara menunjukkan kehandalan bangsa masing masing tanpa memperdulikan kesusahan manusia dan bangsa yang lain.Untuk menjayakan cita cita itu,jalan singkat terpaksa diambil yaitu berperang dan pergi menaaluki Negara yang lemah untuk dijajah dan dikaut habis harta pusaka setelah dikalahkan seperti yang bangsa kami alami di negeri dibawah bayu ini.Sekarang Tuhan telah takdirkan Negara kami telah lebih lima puluh tahun merdeka,sudah bebas dan tidak lagi dijajah.Doa kami telah dikabulkan oleh Tuhan.Semua tangan tangan manusia berebut rebut membuat bangunan bangunan besar diseluruh pelusuk tanah air,lepas itu tangan tangan manusia juga yang akan membinasakan,yang menghancur leburkan disamping bermegah megah dengan kekayaan hingga lupa daratan dan lautan menyebabkan orang disekeliling pinggang hilang rasa keyakinan.Maka terjadilah masalah tidak mempercayai antara satu dengan yang lain lantas ujudlah ketidakpuasan hati.Putus harapan.Terbiarlah bangsa itu tiada kesudahan.
Menjadi pemimpin harapan bangsa! Untuk apa? Alangkah murahnya nilai sebuah kepimpinan,kalau hanya terbatas untuk mengangkat kebesaran sendiri atau tertumpu pada kebendaan semata mata.Dimana tersimpannya harga manusia yang telah memikul tanggung jawab yang diamanahkan oleh bangsanya,kalau Cuma memikirkan membuncit perut sendiri dengan nasi lemak,soto campur,sayap panggang,Guara,Tongkat Ali semata.Alat pandangnya tidak pernah terlontar pada bunga bunga katong dan teratai yang sedang terkulai layu dipermukaan bangawan Taudakan dan patukan sang suria yang tidak pernah lupa dipagi hari itu semacam tidak terasa .Awan gumawan yang sedang berarak lesu dihalaman langit,seolah olah menaNgis juga tidak kelihatan.
Sebagai penulis Samma yang merepok atau tegar harta dan ilmu pengetahuan sekaligus sudah berada dihujung hayat,ingin melontarkan seru walau pun dengan pekikan parau.Moga moga Tuhan bukakan minda pemimpin pemimpin kami agar memperkasakan erti kebangsaan,berani membuka mulut,tidak gentar mengangkat penumbuk keudara,sanggup menutup perjalanan yang sedang dilalui oleh bangsanya kelubang kehancuran.Ingatlah wahai anak Samma bahawa kita semua ia lah manusia belaka;manusia duduk sama rendah berdiri sama tinggi.Pandai pandailah kamu membahagi bahagikan rezEki untuk bangsa kamu yang masih hendakkan hidup.Tuhan masih mampu menyediakan makanan manusia yang terkandung didalam perut buminya.Jangan diamalkan teori Pak Darwin yang terjadi beratus juta tahun yang lampau yang menyebabkan beraneka macam jenis binatang mendiami dunia telah habis musnah akibat berebut rebut makanan,berlawan tenaga menyebabkan silemah rebah mati kelaparan,yang gagah perkasa terus hidup mewah. Jangan sekali kali manusia meneruskan sifat ini.Akhirnya penulis berpesan kepada bangsa kami Samma supaya selalu mengeratkan hubungan sesama bangsa juga dengan lain lain bangsa seluruhnya.Sesiapa yang kuat berusahalah membantu yang lemah,bukan menekannya supaya terus menjadi lemah.Yang tolol diajar bersama.Yang berfikiran silap segera diperbetulkan.Yang besar segera tolong yang kecil supaya dia boleh jadi besar.Yang memang kerdil,mesti patuh dengan kerdilnya.Jangan besar mulut.Kalau boleh dilakukan semua ini,maka selamatlah manusia itu.Terikat erat dalam satu keluarga yang besar
Ingat pesanan Junjungan kita;
Yang dicari kata beliau Manfaat.Yang dijauhi ialah mudarat.Disamping mencari yang benar dan mengelak yang salah,Selamat berjuang.Jumpa lagi.

Friday, February 13, 2009

Bajau atau Samah

Saya rasa terpanggil untuk mengutarakan tajuk yang tersebut untuk mengajak saudara saudara yang dihormati sekalian untuk membicarakan tajuk yang tersebut demi untuk mencari resolusi bagaimana membezakan pengertian istilah yang tersebut supaya pehak yang mengidentitikan diri mereka suku kaum samah atau bajau.Permasalahan ini sangat mustahak demi untuk mengenalpestian siapa sebenarnya yang dikatakan bajau atau samah itu.
Saudara saudara yang dihormati sekalian,sebagai langkah yang pertama pehak saya amat berbangga kalau ada diantara saudara saudara dapat memberi pandangan yang membina dalam menyelesaikan perkara ini.Jangan ragu dan malu,sila beri hujah atau pendapat lantaran dengan masalah yang saya anggap musatahak ini.
Untuk memulakan pendapat pehak saya terpanggil untuk mencadangakan bahawa istilah samah itu hendaklah dieja dengan samah bukan sama.Kerana kalau istilah dieja dengan sama bererti perkataan itu dilahirkan oleh orang melayu tetapi kalau samah ianya tanpa erti didalam bahasa melayu bererti perkataan itu telah diujudkan oleh suku kaum samah sendiri.Berkenaan perbezaan bajau dan samah itu juga punya pengertian yang bertlainan.Kalau Samah ertinya orang itu seratus peratus samah,tapi dia boleh menjadi suku kaum bajau jika sudah berkahwin campur dengan suku yang lain .Sila komen

Salam perkenalan

Salam perkenalan daripada Maha Sabah.Semoga blog ini mampu memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara tercinta.