Saturday, March 14, 2009

Baitul Muqaddis

BAITUL MUQADDIS.

Berdebur ulu jantung,bergegar kepala lutut,
bila alat pendengaran di tusuki oleh hangar bangar,
jeritan,tangisan manusia sejenisku dibumi Palestin,
hancur lumat badan dihampas bedilan meriam,
mengalir darah membasahi tanah air tercinta,
mereka berkorban jiwa demi kelansungan menuntut hak
yang dirampas oleh warga dunia beremosi rimba.

Baitul Muqaddis atau Jerusalem pusaka moyang kita,
lambang keagungan umat Muhammad seluruh pelusuk dunia,
kiblat awal melaksanakan suruhan menyembah Allah,
kini sudah dipijak pijak oleh syaitan syaitan
tanpa menghiraukan perintah kesatuan bangsa bangsa,
kemana hanyutnya pejuang pejuang muslimin yang mutlak,
ayuh,bangkit serentak serata menentang gigitan kezaliman .

Jangan biarkan semenanjung Gaza terbakar punah,
angkatan kafir laanat terus bermaharajalela
mengunyah habis nyawa anak anak dunia,
yang kini masih bergelimpangan,merayap,merangkak,
mencari tempat yang selamat tempat berlindung,
menuju pelabuhan yang tenang tempat berlabuh.

Karya: Maha, Sabah.
Sabtu 14 . 2 .2009
Pasir Putih Putatan
Kota Kinabalu.

airmata di pagi syawal

AIR MATA DI PAGI SYAWAL


Bening subuh menyambut Syawal.
Takbir berkemundang menjulang Raya nyaman terasa.
Dipohon doa kepada yang tiada sudah enam puluh purnama.
Irama pilu berecampur hiba bertelaga air mata tiada warnanya,
Beraneka juadah terhidang semacam tiada terhidu keharuman menyapa.
Kepada yang hilang tanpa kembali mengusek jiwa penuh seksa.
Hatta yang ditinggalkan begitu lama kekal subur bermain dalam minda.
Hanya menganyam iman menghalusi padang ingatan tercipta mesra.
Bisikan mengungkap petikan petikan firman menjadi amalan senantiasa.
Menghetung buah buah tasbeh menuntut restu khusus bagi yang tercinta.
Air Mata Dipagai Syawal setiap purnama menjelang .
Hakikatnya suatu penanda aras pemboktian mengingati yang hilang.
Peawar gegaran jantung penenang gulana hati yang sering berguyang.
Takut gagal mengikuti jejak beranjau yang memang sudah terancang.
Tapi mustahil umat Muhammad terlupa amanat pusaka nenek moyang.

Olih: Maha Sabah.
Sabtu 5hb Oct.2008.
Pasir Putih Putatan Sabah.

Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna

SESAL DAHULU PENDAPATAN
SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.
Bahasa jiwa bangsa.Bahasa menunjukkan bangsa.Tiada bahasa lenyaplah bangsa.Ungkapan keramat ini telah lahir semenjak manusia ujud di atas permukaan alam yang sementara ini.Mengapa sampai berketar ketar bibir sekaligus bergegar gegar kepala lutut mahu mendewa dewakan bahasa inggeris yaitu bahasa penjajah sebagai satu bahasa mesti diberi tempat yang istemewa tegasnya mesti dipertahankan untuk mengajar mata pelajaran Sains dan matematik di sekolah sekolah kebangsaan kita ?Sudah berpada pada kah pehak yang berkenaan bahawa tidakan itu boleh menjaminkan kejayaan anak anak bangsa dalam mencapai matalamat yang gemilang,cemerlang dan terbilang sebagaimana yang dimahukan oleh bangsa dan Negara yang sudah setengah abad bebas merdeka ini ?Jika ada jaminan syukurlah! Jangan yang dikandung beramburan sementara yang dikejar hilang.Fikir fikir lah wahai pemimpin yang menjadi harapan bangsa !Tiada guna menang sorak kampong tergadai.Sesal kemudian tiada gunanya.
Bahasa akan hidup dalam warna warni yang baru,tetapi hendaklah dimartabatkan dari awal hingga akhirnya agar membuahkan kejayaan yang di idamkan oleh penganut atau penutur tegasnya oleh bangsa itu sendiri.Semua kita ketahui bahawa sudah dua kali perang dunia yang maha dahsat baharu dalam tempoh setengah abad lebih daripada abad kedua puluh ini.Halaman dada dunia kini sedang berdegup menonton ancaman perang dunia yang ketiga walau pun rakyat Amerika telah menukar pemimpin kulit putih kepada pemimpin yang berkulit hitam namun itu bukan suatu jaminan yang boleh menjaminkan bahawa Nuklear tidak akan meletup untuk menghancurkan dunia.Begitu juga halnya dengan degup jantung pemimpin pemimpin Parti Barisan yang hingga kini belum tenang akibat kehilangan dua pertiga mejoriti.Ini,bukankah satu pengajaran yang jelas?Satu pertanda yang harus diambil perhatian!Kalau lampu merah sudah menyalah.Jangan melangkah.Bahaya ! Bagaimana nasib bahasa kita ?Masih berbahasakah kita ! atau jadi bangsa yang dijajah semula kah kita semua ?Sungguh dahsatnya bencana yang mendepani bangsa yang sudah merdeka ini,terlalu luhurnya pengaruh memaling muthmainnah para barisan pejuang kebangsaan Negara yang tercinta.Apakah mereka sudah taqarrub kepada kehendak insani seluruhnya dalam merelisasikan perjuangan yang diperjuangkan itu .Penulis berpendapat bahawa mereka sudah tersasar jauh,bertambah hanyut dalam gelombang semacam tidak dapat dipintasi lagi.
Keributan para pejuang bahasa sehingga tercetusnya tunjuk perasaan baru baru ini menyebabkan otak ahli ahli fikir di Erpoah sana terutama sekali pejuang pejuang bahasa mereka merasa terhormat sekali kerana anak anak bekas tanah jajahan mereka masih taat setia mendaulatkan bahasa ibunda mereka.Banggakah kita begitu wahai bangsaku! Orang orang yang diharap harapkan kini masing masing menegaskan bahawa mereka konon telah menjalankan bermacam jenis penyelidikan dalam menjawap segala pertanyaan bahawa pengajaran dalam bahasa penjajah itu sangat baik dan boleh menjaminkan kecemerlangan masa depan anak anak.Mereka semacam menutup kuping alat pendengaran,tidak mahu mendengar rintihan rintihan,tidak memperdulikan kemungkinan kemungkinan yang akan menjahnamkan bahasa sendiri,sedangkan segala hasil penyelidikan itu bisa berlainan tegasnya berlawanan.Kata setengah ahli peramal bahawa bala yang lebih dahsat telah menimpah sesuatu kejayaan selama ini pasti akan berulang lebih maha lagi , andainya arus yang deras itu terus di sunsung.Pengalaman laksana hempedu akibat kepala otak manusia masih mengandungi saki baki fikiran penjajah,masih diperhambakan oleh unsur unsur ilmu pengetahuan yang tidak berpancangkan keimanan,tidak berpegang kepada jatidiri,tidak bertolak daripada pengkalan yang tenang malahan kalau tidak dijiwai dengan ugama ertinya “Kehancuran”kerana ilm pengetahuan itu ada lah keris yang mampu menghambat balik.Kalau bukan hujungnya pasti pangkal yang mengenai kita.Harus difahami bahawa ilmu setinggi awan itu,kadang kadang boleh membunuh disamping boleh dipergunakan demi untuk kebaikan mahupun kejahatan.
Umpama ditonton melalui T.V didengari menerusi cerung Radio dan dibaca melalui dada akhbar yang saban malam dan hari menyiarkan pedato para pemimpin menyatakan bahawa pengajaran sains dan matematik itu mesti diteruskan tanpa mengambil peduli pekikan rakyat yang tidak menyetujui rancangan itu diteruskan.Sebenarnya isu ini boleh ditangani dengan bijaksana kalau ilmu pengetahuan yang dikatakan setinggi langit itu dapat disejalankan dengan suara suara halus manusia sekaligus disulami dengan minda yang subur disamping kebangkitan otak yang sedar.Tetapi kalau sekadar kepala yang maju dan hati berdegil,digembur rashia pengetahuan tidak diselungkar rashia hati,asik berahi memeluk ilmu moden,tapi suara akar ubi tidak didengari,mahu mengejar kemajuan sains hingga sanggup mengkolotkan pendapat sebangsa dan senegaranya.Kalau demikianlah hakikatnya.maka kesinambungan memperkasakan bahasa sudah tentu terumbang ambing,yang dikandung berciciran yang dikejar tidak dapat.
Pejuang pejuang agung bahasa telah berhampas pulas mengangkat mertabat bahasa ibubunda sejak zaman Munshi Abdullah hingga lah Negara mencapai kemerdekaan seterusnya bahasa Melayu telah dijadikan bahasa resmi Negara.Kerjaan telah sanggup berbelanja berbelion belion untuk mendirikan sekolah sekolah diluar bandar,malahan dikota kota besar hingga bertingkat tingkat, seterusnya membena bangunan Universiti Uneversiti demi untuk memenuhi hasrat rakyat yang mahu supaya semua anak anak dilengkapi dengan segala bentuk ilmu pengetahuan termasuk bahasa penjajah,tetapi hasilnya belum lagi dapat dibanggakan kerana terlalu ramai bilangan ahli ahli ilmuan tidak mengambil berat untuk memelayukan bahasa penjajah yang dikatakan bahasa yang menguasi segala ilmu dunia itu,Mereka asik mencampuradukkan bahasa ibunda dengan bahasa penjajah malah ada keluarga yang melayu melulu bertutur dalam bahasa penjajah dalam keluarga sehingga anak anak mereka sudah tidak pandai lagi berbahasa Melayu.Kepincangan hidup yang begini turut menyumbang mengapa kegiatan untuk mengangkat meruah bahasa tidak tercapai.Langkah yang terbaik ia lah bangsa yang menjadi penutur bahasa itu hendaklah berani kembali mengasuh,memupuk minda dengan arahan hati ..Janakan ilmu pengetahuan itu dengan penuh perasaan.Anggap betul betul bahawa bahasa itu jiwa bangsa yang merdeka.Bahasa yang kehilangan penuturnya sudah tentu akan hilang .
Jangan dinanti beruraian air mata menyesali kesilapan.kenang kenangkan lah bagaimana deritanya pejuang pejuang terdahulu menuntut kebebasan,bagaimana hinanya manusia mencium telapak kaki penjajah.Lambaran sejarah lama yang mahu bahasa Melayu terus diperbahrui,terus dikeataskan ,terus dikemuncakkan seharusnya menjadi matalamat semua.Yakinlah kita bahawa bahasa Melayu boleh menjadi sumber utama untuk menggali dan membongkar semua ilmu didunia ini seperti apa yang telah diboktikan oleh Negara maju seperti China ,Jepun,Korea dan lain lain Negara.Terlalu banyak cara bagaimana melipatgandakan usaha melonjakkan bahasa ibunda itu kesatu tahap yang teratas sebagaimana yang mungkin telah berjalan tapi tidak diamali secara berterusan.Kalau alasan bahawa bahasa Melayu itu tidak berkeupayaan untuk menerokai bidang ilmu Sains dan matematik kerana semua buku pelajaran itu terdapat dalam bahasa Inggeris.Mengapa terlalu rumit kah bagi pakar pakar bahasa Inggeris ya.ng telah ahli, untuk menterjemahkan semua buku buku Tex itu kedalam bahasa Melayu .Jika alasan itu menyarankan bahawa bahasa Melayu ketiadaan ungkapan dan istilah istilah bagi menamakan sesuatu peralatan sains.Ini juga persoalan yang tidak dapat diterima akal yang sedar.Kenapa dan mengapa kita tidak mampu membina istilah istilah dan ungkapan ungkapan dengan bahasa Melayu itu sendiri.Kalau istilah cerita pendik boleh dibuat dengan kependikan “CERPEN” dan cerita rekaan boleh menjadi “CEREKA” .Contoh ini merupakan cetusan fikiran seorang kanak kanak yang masih hingusan,tapi kalau diambil perhatian secara mendalam,ianya merupakan sesuatu yang punya pengertian dan tujuan yang bersumberkan nilai jatidiri dalam usaha membendung semangat kebangsaan yang sempit.Penulis teringat beberapa puluh tahun yang lalu semasa bertugas sebagai seorang guru disalah sebuah sekolah dilembah Kota Marudu.Waktu itu penulis sedang mengajar murid murid darjah lima atau tahun lima bagaimana membena ayat ayat yang lengkap dalam bahasa Melayu.Tiba tiba berdiri seorang murid lelaki lalu bertanya. “Bangsa apa yang punya perkataan “Makan dan bagaimana dia terbena cikgu ? Penulis merasa terkejut apa bila ditanya soalan yang begitu.Pertanyaan itu agak senang dijawap tapi sulit juga sebab tidak dapat dipastikan bagaimana ianya terbena sedemikian rupa.Sebelum menjawap pertanyaan budak itu,penulis lalu bertanya pula. “Bangsa kamu apa dia orang panggil “Makan”? “Mengakan”Sampok budak itu. “Orang Iranun bilang “Kuman” itu cikgu”Celah seorang budak suku Iranun.Semua kanak kanak dalam bilik darjah itu gelak ketawa.Jadi sekarang penulis telah memperolehi tiga patah perkataan yang berlainan tapi sama ertinya.Makan,Mengakan dan Kuman yaitu makan istilah Melayu,mengakan perkataan Dusun dan Kuman bahasa Iranun.Siapa punya bahasa itu dan bagaimana ianya terbena? Akhirnya penulis mengambil keputusan bahawa bahasa itu kepunyaan orang Melayu tapi ditiru oleh orang Dusun dan Iranun.Dari itu bunyinya tidak serupa.Alasan, berdasarkan bahawa orang orang Melayulah yang lebih awal mempunyai ilmu pengetahuan walaupun barangkali andaian ini tidak seratus peratus betul.Tetapi budak Dusun yang bertanya tadi nampaknya tidak puas hati.Dia semacam tidak yakin dengan penjelasan penulis.Kini budak itu telah menjadi seorang Jurutera yang bijak.
Mencintai bahasa adalah sebahagian daripada iman walaupun barangkali tiada tercatit dalam kitab kepercayaan kita,namun hakikatnya tetap bahasa itu menunjukkan bagsa ,Semua pemimpin bangsa didunia ini berlumba lumba mencari sebesar besar kemajuan untuk memajukan bahasa tanpa menhirau penat lelah,mereka pergi menjajah negeri negeri yang lemah termasuklah Malaysia sehingga mereka menjadikan bahasa mereka menjadi yang dipertuan agung diseluruh dunia seperti bahasa Inggeris yang kita masih cintai itu.Untuk kesemua itu bangsaku harus sedar dan insaf.Harus punya jatidiri yang kuat.Bangsaku harus jangan mudah tertipu oleh pujuk rayu pehak penjajah itu.Bangsaku harus kebal menghadapai keadaan yang menghambat secara halus itu.Pemimpin bangsaku mesti dengar kehendak yang dilaungkan oleh pejuang pejuang bahasa.Pemimpin bangsaku harus berani berugi berbelion belion ringgit untuk mencari jalan bagaimana meperkasakan bahasanya sendiri,bukan menghabiskan wang berbelion untuk mendewa dewakan rancangan memertabat bahasa orang lain.Tindakan demikian bukan semangat kebangsaan yang tulin.Bukan satu pengorbanan yang mustahak dicatit dalam sejarah bangsa.Pernahkah kita mendengar sindiran atau ejekan orang orang yang berkulit putih yaitu bangsa Inggeris sebelum perang dunia pertama dan kedua bahawa mereka dengan lantang megah berpekik bahawa pancaran sang suria tetap kekal menerangi alam bekas jajahannya walaupun mereka sudah bebas merdeka.Sungguh benar ejekan Inggeris itu saudara saudara sebangsa ,sebahasa dan setanah air.Terlalu ramai kepala kita membicarakan isu bahasa penjajah itu hingga menyebabkan pejuang pejuang bahasa tidak lelap tidur malam.
Persatuan persatuan atau pertubuaan pertubuhan bahasa yang telah banyak ujud dibumi yang berdaulat ini hendaklah melipatgandakan khidmat untuk mengatasi kebobrokan,kehancuran dan keruntuhan yang kini sedang terbentang diambang mata.Jangan sibuk mencari jalan bagaimana mengisi kantung sendiri sahaja sedangkan bahasa menghadapi ancaman,dicemari,dicampur adukkan.Sudah lebih lima puluh tahun merdeka namun bahasa Inggeris masih dibiar tertulis digedung gedung,papan papan tanda,jalan jalan raya.Akhirnya diatas pintu rumah kita nanti .Akhbar akhbar ringgan dan berat yang menjadi bacaan utama rakyat jelata setiap hari masih tidak mahu memberi ruangan lebih kepada bahasa Melayu kecuali Berita Harian ,Utusan Malaysia dan Utusan Borneo.Lihat sahaja akhbar yang tertua di Sabah ini sebagai Daily Express dan Akhbar Sabah Times.Akhbar Sabah Times mengandungi lapan puluh muka halaman kesemuanya,Cuma enam belas halaman diuntukkan bagi bahasa Melayu sementara Daily Express lima puluh halaman,diperuntukan bagi bahasa Melayu cuma tujuh halaman.Kalau penulis menghantar karya yang panjang,terpaksa ditong sampahkan sebab ruangan sangat sangat terhad.Setinggi penghargaan patut diberi pada pengusaha akhbar Borneo Post yang telah mengambil langkah berani untuk menhormati hasrat para pembaca yang tidak tahu berbahasa Inggeris dimana pehak pengurusannya telah menerbitkan naskah dalam bahasa Melayu yang dipanggil “Utusan Borneo”.Penulis sangat bangga dan mengucap ribuan terima kasih kepada mereka mereka yang telah berkorban untuk merelisasikan seruan para pembaca terutama sekali mereka yang berada diluar bandar.Kepada saudara Lecong Angkui siapa yang berkerja keras untuk melaksanakan impian para pembaca yang cintakan bahasa Melayu patut diberi penghargaan oleh pehak Persatuan atau Dewan Bahasa dan Pustaka.Jasa dan pengorbanan beginilah patut dikenang buat selama lamanya.Tetapi penulis merasa sedih sekali apa bila terbaca dalam ruangan “Hanya Sekadar Pandangan”bahawa saudara yang dikasihi semua itu terpaksa mengundur diri atas sebab kecelakaan yang telah menimpah beliau baru baru ini,kita semacam terasa kehilangan sebiji permata.Semoga saudara Lecong sihat,lekas lekas sembuh dan kembali berkhidmat dengan Utusan Borneo.Usaha saudara yang telah dibantu oleh rakan rakan wartawan yang sama sama punya semangat kental untuk medaulatkan bahasa ibunda amat dihargai.
Kepada saudara saudara penulis angkatan lama dan baru baik perempuan mahupun lelaki yang masih mendiam diri diluar sana.Ayuh,mari kita sama berpekik menerusi hujung pena masing masing untuk mengutara pandangan yang membina kearah kebaikan dan keburukan menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran mata pelajaran Sais dan Matematik.Jangan sibuk merotipaunkan kegiatan
kemajuan diri sendiri.Lontarkan pandangan,bebaskan jiwa daripada ikatan kebangsaan yang sempit,bukakan mulut untuk bersuara sejajar dengan perjuangan sebagai ahli falsafah,sasterawan,ahli fikir dan ahli sejarah.Keberadaan kita dalam suasana yang gamat begini memerlukan kesepaduan yang tulin sekaligus tegak berdiri menyuarakan hasrat demi untuk menghalang sesuatu rancangan yang difikirkan membawa kelubang kehancuran.Memberi peringatan kepada para juragan yang melaksanakan rancangan rancangan yang mendatangkan rezeki yang lumayan kepada bangsa atau merugikan berjuta orang ada lah suatu bidang tanggung jawap yang harus sentiasa dalam kamus hidup ahli ahli politikus yang telah diamanahkan oleh suara terbanyak.
Pemimpin yang terbaik adalah orang yang berjiwa rakyat.Bangsa yang terhormat adalah manusia yang menganggap bahasa itu jiwanya.Kalau hendak menjadi pemimpin kekal abadi dan disayangi ,serahkan segala keputusan itu kepada suara yang terbanyak.Jika nawaitu pemimpin itu hanya sementara sahaja,maka bolehlah dia sesuka hati membuat tindak tanduk yang membabi buta,membuncit perut sendiri dan sahabat handai yang terdekat dan melaparkan perut rakyat yang berjuta.Hakikat sebenar bahawa manusia yang tidak mudah lupa itu mengetahui dan faham sesungguhnya asal mereka daripada satu pula.Tuhan yang menciptanya.Kesatuan manusia yang dinamakan insani dipusatkan kepada keturunan yang sama yaitu “Adam dan Hawa.”
Sebagai mengakhiri paparan ini,mari kita semua mengambil peringatan yang telah disabdakan oleh Junjungan ketika beliau melaksana ibadat haji yang terakhir (Haji Wada) Baginda bersabda. “Segala sisa kepincangan zaman jahiliah dihabiskan pada waktu ini.Tak ada lagi memegahkan diri kerana keturunan.Sekalian manusia adalah turunan Adam,dan Adam ada lah berasal dari tanah.”Pidato Baginda itu telah dipatrikan dengan ayat yang bermaksud.
“ Wahai sekalian manusia!Sesungguhnya telah kami ciptakan kamu daripada asal.Seorang lelaki dan seorang perempuan,dan kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku agar kamu kenal mengenal;dan sesungguhnya yang semulia mulia kamu pada sisi Allah ia lah yang setakwa takwa kamu.” (Q.S.49; Al Hujurat: 12)

Karya: Maha, Sabah.
Pasir Putih Putatan Kota Kinabalu.
Sabtu 14 Mac 2009